Teruk dikecam, Stopa beri penjelasan ‘bukan ajar merempit’….

1170

Kisah tentang sebuah sekolah menengah yang menjemput influencer, Haqiem Stopa sebagai penceramah bagi program motivasi mengundang kecaman orang ramai yang mempertikaikan kelayakan Stopa.

Penganjur program Cerita Orang Gagal (COG), Rizan Hassan memberi penjelasan program itu berkongsi tentang peluang kedua selepas mengalami kegagalan masa lalu dan menyesuaikan sikap positif terhadap kemungkinan masa depan.

@haqiemstopa

Trima Kasih SMK Sungai Besi 🤙🏻 #haqiemstopa #fyp #fypシ #matrempit

♬ original sound – Haqiem_stopa – Haqiem_stopa



“COG banyak menjelajah ke seluruh negara dengan menampilkan bekas pesalah juvana, bekas banduan, bekas kepulihan dadah dan sesiapa sahaja yang melalui kegagalan yang teruk untuk berkongsi pengalaman hidup.

“Tahun ini COG menyampai mesej mengenai ‘buli itu jenayah’ dan kami tampilkan seorang bekas pembuli yang juga mempunyai masa lalu yang negatif kemudian jalani hukuman di Sekolah Henry Gurney.

“Turut dibawa sama ialah (individu) yang telah dan sedang dibuli di alam maya atau lebih dikenali dengan perkataan ‘kecam’, salah satu kaedah buli yang popular dalam kalangan masyarakat kita.

“Di penghujungnya, jika anda dalam kalangan orang berjaya mungkin akan terdorong untuk memberi khidmat bakti kepada masyarakat dan jika anda dalam kalangan yang gagal, akan rasa diri anda tidak keseorangan dalam menghadapi ranjau kehidupan ini,” jelasnya menerusi akaun Facebook miliknya. 

Rizan menjelaskan ada beberapa individu di jemput bagi berkongsi pengalaman masing-masing. Salah seorangnya adalah influencer social media, Hakiem Stopa yang berkisar tentang permotoran.

“Berpendidikan sehingga tingkatan 3 dan mula merantau ke Kuala Lumpur seawal usia 16 tahun dia dikenali selepas mencetuskan provokasi di media sosial dan juga terperangkap dengan persepsi politik terhadapnya.

“Menerima kecaman, penghinaan, kutukan, ancaman yang hebat yang juga dikira sebagai buli di alam maya. Alami tekanan yang dahsyat dan di atas kesilapan yang dilakukan dan perkara yang tidak dilakukan,”  tulisnya.

Selain itu, Stopa juga memberi penjelasan menerusi Instagram story miliknya yang menjelaskan kehadiran dirinya adalah ingin berkongsi tentang peluang kedua buat mereka yang pernah gagal dalam pelajaran seperti yang dilaluinya ketika sekolah.

“Belia mahir ini merupakan satu organisasi mencari pekerja berkemahiran sekaligus memberi bimbingan dan sokongan agar mereka mempunyai kerjaya serta pendapatan,” tulisnya.

Pemuda asal Kelantan itu juga menyatakan dia bukannya memberi cemraha tentang menunggang motosikal tetapi berkongsi latar belakang serta buli siber yang dihadapinya susulan mempunyai ramai pengikut di media sosial.

“Saya berkongsi tentang seseorang yang pernah gagal dalam hidup dan bangkit dengan semangat serta usaha yang baru. Bina kerjaya untuk bantu mak ayah di masa depan, bukannya ajar mereka merempit,” tulisnya.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here