[Video] Presiden Sri Lanka ‘lari’ guna kapal tentera laut di Pelabuhan Colombo

1714
Tiga hari lalu, Presiden Sri Lanka, Gotabaya Rajapaksa melarikan diri dari kediaman rasmi selepas penunjuk perasaan menyerbu pekarangan kediamannya mendesak pemimpin itu meletak jawatan.
 

Presiden itu dikatakan diiringi ke tempat selamat. Namun, beredar video pendek yang menunjukkan tiga lelaki menarik beg dipercayai milik pemimpin itu ke dalam kapal Angkatan Laut Sri Lanka (SLNS), Gajabahu dengan tergesa-gesa. 

Gotabaya Rajapaksa sebelumnya melarikan diri dari istana presiden di Colombo di bawah perlindungan angkatan tentera laut pada Sabtu lalu.
 

Menurut laporan Al Jazeera, bot bersenjata telah bersedia di kem tentera laut sejak Mahinda Rajapaksa menjadi Presiden.

Wartawan dan penganalisis politik, Kusal Perera berkata pihak keselamatan presiden mempunyai pilihan untuk membawanya ke kem tentera laut melalui kubu bawah tanah yang dibina ketika abangnya Mahinda Rajapaksa menjadi presiden.



“Oleh itu, saya mengandaikan Gotabaya Rajapaksa mungkin dibawa ke kem tentera laut bersebelahan Sri Lanka melalui bunker bawah tanah dan kemudian dibawa ke beberapa lokasi lain oleh tentera laut bersama-sama dengan pihak keselamatan presiden,” katanya. 

“Tetapi saya sebenarnya tidak tahu di mana kapal itu berada sekarang. Ini hanyalah pengiraan kasar.”

Sumber yang rapat dengan presiden juga memberitahu dia mungkin berada di atas kapal berhampiran sempadan Sri Lanka dan boleh melarikan diri dari negara itu jika keadaan menjadi lebih teruk.

Kapal tentera laut Sri Lanka

Sementara, menurut laporan AFP, Gotabaya Rajapaksa diterbangkan ke pangkalan udara Lapangan Terbang Antarabangsa Bandaranaike sekaligus meningkatkan spekulasi beliau akan melarikan diri ke pengasingan luar negara.

Seorang kakitangan tertinggi pertahanan Sri Lanka berkata kepada AFP, pemimpin berusia 73 tahun itu berlindung di kemudahan tentera laut, sebelum dibawa ke pangkalan udara Katunayake.
 
“Dia dan rombongannya diterbangkan ke Colombo dengan dua helikopter Bell 412,” tambahnya. 

Tetapi beberapa laporan media lokal berspekulasi dia akan berangkat ke Dubai pada Isnin malam waktu tempatan.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

 
 
 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here