#imejrender – Adakah ini wajah sebenar Honda Civic Type R generasi baharu?

1010

Honda Civic Type R adalah satu daripada kekuatan Honda dalam segmen sedan sport. Honda Civic Type R (FK8) generasi terdahulu akan mendapat pengganti yang dikatakan bakal dilancarkan pada 21 Julai ini.

Sehingga kini, maklumat lengkap jentera ini masih lagi samar-samar dan Honda masih belum mengesahkannya lagi.

Sebelum ini, Honda Civic Type R generasi baharu itu dipenuhi pelekat penyamaran. Namun portal automotif, motor1.com menghasilkan satu render untuk menunjukkan imej jentera berkenaan tanpa pelekat penyamaran itu. Model itu mungkin enjin pembakaran dalaman (ICE) terakhir yang untuk pasaran Eropah.



Apa pandangan korang, menarik tak kalau Honda Civic Type R seperti ini? 

Maklumat yang tersebar juga menjelaskan Honda Civic Type R generasi baharu akan dijual dalam bentuk hatchback lima pintu.

Sama seperti sebelum ini, Civic Type R generasi baharu itu dikatakan bakal menggunakan enjin K20C1 2.0 liter turbo empat-silinder dari FK8 yang dipertingkatkan. Ia juga dijangkakan dipadankan transmisi manual enam-kelajuan dan limited-slip differential.

Satu perbezaannya adalah Type R baru ini tidak lagi akan dikeluarkan dari kilang Honda di Swindon, United Kingdom dan pengeluarannya akan dipindahkan ke Amerika Syarikat.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

Galeri Gambar:

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here