
Empat maut dalam kemalangan membabitkan tujuh buah kenderaan termasuk sebuah treler di KM277.1 Lebuh Raya Utara-Selatan arah selatan, tadi.
Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, panggilan kecemasan diterima pada pukul 3.02 petang dengan sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Meru Raya dihantar ke lokasi kejadian.
Katanya, setibanya di lokasi bomba mendapati berlaku kemalangan membabitkan enam kereta dan sebuah treler di mana terdapat empat mangsa tersepit.
Empat mangsa yang tersepit melibatkan seorang lelaki dan tiga wanita. Anggota segera menjalankan operasi mengeluarkan mangsa menggunakan peralatan menyelamat.
“Kesemua mangsa bagaimanapun disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan di lokasi kejadian. Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya.
#kltu PLUS : Kemalangan maut di KM277.1 menghalang semua lorong dan merupakan punca kesesakan 5KM dari Ipoh – Simpang Pulai. Jangkakan kelewatan 1jam. Lorong kecemasan saja boleh lalu. pic.twitter.com/IDxQQ65X5T
— Astro Radio Traffic (@astrotraffic) July 13, 2022
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar