Sebuah pesawat kargo yang terhempas berhampiran bandar Kavala di Greece menyebabkan lapan anak kapal turut maut dalam insiden itu.
Antonov An-12 yang dikendalikan Ukraine itu dikatakan membawa 11.5 tan peralatan senjata termasuklah mortar ke Bangladesh apabila ia terhempas pada malam Sabtu, kata Menteri Pertahanan Serbia, Nebojsa Stefanovic.
Orang ramai berkongsi video insiden yang menunjukkan pesawat itu terbakar ketika mencecah tanah di media sosial.
“Saya fikir anak kapal adalah warga Ukraine tetapi saya tidak mempunyai sebarang maklumat mengenai itu. Mereka bukan warga Serbia,” katanya.
Pesawat berkenaan berlepas dari lapangan terbang Nis di Serbia pada jam kira-kira 8.40 malam waktu tempatan (Sabtu), dengan membawa peralatan senjata milik syarikat swasta Serbia, Vali.
Media Greece berkata, pesawat itu meminta pelepasan untuk melakukan pendaratan cemas di lapangan terbang Kavala namun tidak berjaya.
Perkhidmatan penyelamat Greece menggunakan dron pada Ahad untuk memantau serpihan pesawat itu kerana bahan dalam kargo itu mungkin berbahaya dan memaksa mereka menjauhkan diri.
Pakar bahan letupan dan kakitangan Suruhanjaya Tenaga Atom Greece akan mendekati lokasi nahas sebaik sahaja ia dianggap selamat.
Ukrainian registered #antonov An-12 (UR-CIC) just crashed in Greece, near the city of #Kavala , quoted tweet info from flight radar. It departed from Serbia and was going to Jordan, bush fire on site no reports for victims yet #Καβάλα #Παλαιοχώρι https://t.co/FSjDbsz9Aa pic.twitter.com/8L1rM150h0
— MechDesign.xyz (@MechDesignxyz) July 16, 2022
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar