Modenas bakal lancar Kawasaki 250cc 28 Julai ini….

20367

Media automotif tempatan menerima e mail jemputan pelancaran model baharu Kawasaki pada 28 Julai ini daripada pihak Modenas. 

Selain itu, salah seorang ahli grup Kawasaki Ninja ZX25R Malaysia official turut berkongsi menerima jemputan daripada wakil Modenas untuk ke acara berkenaan.



Menerusi jemputan yang dihantar semakin jelas model pertama yang bakal diperkenalkan ke pasaran tempatan selepas Kawasaki Jepun menambah pemilikan saham dalam Modenas adalah produk 250cc.

Pada sidang akhbar ketika lawatan kemudahan Kawasaki di Gurun, Kedah, Modenas memberitahu akan membawa masuk empat model pemasangan tempatan (CKD) tahun ini.

Model yang bakal lancar minggu depan adalah Ninja 250 ABS, Ninja 250 non ABS dan Z250 ABS. 

Sementara daripada segi harga, kemungkinan sportbike itu memberikan persaingan sengit kepada pesaing sedia ada di pasaran. 

Sebelum ini, pengedar Kawasaki sudah membuka tempahan sportbike 250cc tersebut pada harga RM18,000 bagi versi tanpa ABS manakala model ABS bakal dijual pada harga RM20,000.

Jika harga jualan itu adalah sahih, ia lebih murah berbanding pesaingnya yang dijual pada harga bermula RM19,998 bagi Yamaha YZF-R25 dan RM25,999 bagi Honda CBR250RR.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

 

1 KOMEN

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here