Jet tempur supersonik Indonesia terhempas, ini spesifikasi berkaitan pesawat tersebut..

1601

Sebuah pesawat tempur T-50i Golden Eagle milik Tentera Nasional Indonesia (TNI) Angkatan Udara disahkan terhempas di Desa Nginggil, Kecamatan Kradenan, Kabupaten Blora, Jawa Tengah malam tadi.

Pesawat dari Skuadron Udara 15 Pangkalan Udara (Lanud) Iswahjudi itu jatuh di wilayah pergunungan ketika melakukan latihan malam.



Berdasarkan kronologi kejadian, pesawat itu berlepas dari Lanud Iswahjudi pada jam 18.24 WIB (waktu Indonesia Barat), Isnin untuk melakukan latihan taktikal pintasan dan masih berhubungan dengan pengarah pesawat.

Pada jam 19.25 WIB, pesawat tempur supersonik tersebut dilaporkan hilang kontak. Kadispen TNI AU, Marsma Indan Gilang, memberikan keterangan bahawa pesawat tersebut tidak dapat dihubungi lagi.

Juruterbang disahkan maut di lokasi kejadian. Oleh kerana serpihan pesawat terbenam ke dalam tanah menyukarkan petugas untuk memindahkan komponen hingga jasad juruterbang.

Menurut Tribunnews, Dandim 07 Blora, Letkol Inf. Andy Soelistyo mengungkapkan, penemuan beberapa bahagian jasad dipercayai milik juruterbang. 

“Saya melihat langsung keadaan jenazah, mungkin kerana pesawat meletup, jadi tidak boleh mengesan secara lengkap.

“Tetapi beberapa bahagian sudah kita selamatkan dan jadikan satu di beg jenazah,” katanya. 

Bagaimanapun, pemindahan terpaksa dihentikan pada jam 2.00 WIB kerana situasi lokasi yang gelap dan sukar. Para petugas terpaksa menunggu hari terang.

Selain itu, serpihan pesawat lain yang jatuh di Desa Nginggil, Kecamatan Kradenan, Kabupaten Blora disahkan milik TNI AU.

TENTANG PESAWAT

Pesawat T50i Golden Eagle yang terhempas itu merupakan buatan Korea Selatan. Jet tempur itu menggunakan enjin General Electric F404-GE-102 yang mampu menghasilkan daya tujahan 17,700 pound.

Ia boleh mencapai kelajuan maksimum 1.5 Mach atau 1,600kmj. Konfigurasi lengkap berat maksimum 27,322 pounds (14 tan), T-50i Golden Eagle dengan mudah menanjak hingga ketinggian maksimum 16,764km dari permukaan bumi.

Ia dilengkapi dengan peralatan tempur dan radar yang boleh memegang peranan sebagai pesawat tempur yang ditempatkan di garisan depan. Sekali imbas, penampilan T 50i mirip pesawat F-16.

Bezanya, dua lubang masuk jet Golden Eagle T 50i berada di bawah sayap, bukan terletak di perut seperti F-16.

Persamaan lain adalah keduanya memiliki bubble canopy, sayap dan badan yang saling menyatu sehingga sering disebut Baby Falcon.

Dilengkapi dengan kanon gatling dalaman tiga laras, General Dynamics 20mm, ia mampu melepaskan 2,000 peluru per minit.

Bahkan lima stesen luaran yang diletakkan di bawah badan, sayap dan dua rel pelancaran peluru berpandu pada tip sayap untuk membawa semua jenis bom, rudal ataupun roket. 

T-50i Golden Eagle adalah pesawat tempur generasi keempat yang dipadankan dengan radar udara sehingga mampu mengubah misi, dari jet latih kepada misi operasi- iaitu menyerang dari udara ke udara, atau udara ke darat sama ada waktu siang mahupun malam  dalam segala kondisi cuaca.

Dalam kalangan jet tempur, T-50i Golden Eagle sekelas dengan pesaing utamanya, Yakovlev Yak-130 Mitten (Rusia), Aermacchi M-346 (Italia), atau L-159 buatan Ceko.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

 

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here