HLYM perkenal warna baharu NMAX (2022), harga naik RM200

1340

Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) memperkenalkan dua warna baharu iaitu Matt Green dan Matt Blue bagi skuter NMAX (2022). 

Pilihan warna tersebut kini boleh didapati di pusat jualan Yamaha bermula hari pada harga pengenalan RM9,498 (tidak termasuk insurans). Harga cadangan pihak pengilang itu menyaksikan kenaikkan sekitar RM200. 

Bagaimanapun, ia tidak memberi perubahan kerana harga motor akan berbeza sebaik tiba di pusat jualan. Setiap pembelian skuter tersebut akan didatangkan bersama alat pengunci keselamatan Yamaha bernilai RM100.



Yamaha NMAX dipacu trenkuasa silinder tunggal 155cc SOHC, VVA yang menawarkan kuasa 15.1hp @ 8,000rpm dan tork 13.9Nm @ 6,000rpm.

GALERI

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here