Warga Indonesia pandu lori gagal bolos pemeriksaan JPJ

1123

Cubaan seorang pemandu lori warga asing melarikan diri ketika pemeriksaan mengundang padah apabila ditahan pasukan penguatkuasa dalam Operasi Pemandu Warga Asing (Pewa) di Pandan Indah, Ampang. 

Lelaki warga Indonesia berusia dalam lingkungan 30-an itu ditahan selepas penguatkuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) berjaya menghalang kenderaannya.



Ketua Bahagian Penguat Kuasa JPJ Kuala Lumpur, Raja Nur Syuhaidah Raja Azmi berkata, operasi bermula jam 9 pagi dilakukan selepas pihaknya mendapati ada warga asing memandu kenderaan tanpa lesen.

“Sebanyak 79 notis saman dikeluarkan ke atas pemandu kenderaan atas pelbagai kesalahan antaranya tiada lesen memandu (63 notis) dan tiada lesen memandu kelas perdagangan (8) dan insurans tamat tempoh (8).

“Kita turut menyita 18 motosikal, empat lori dan sebuah kereta,” jelasnya.

Sumber Foto: Harian Metro

Pemandu itu merupakan seorang daripada 36 warga asing yang ditahan dalam operasi berkenaan yang dijalankan bersama Jabatan Imigresen (JIM) Kuala Lumpur.

Hasil pemeriksaan pihak JIM terhadap 58 warga asing dengan 36 daripada mereka berusia 21 hingga 60 tahun ditahan atas pelbagai kesalahan.

Antara kesalahan dikesan adalah tiada dokumen peribadi (7), dokumen tamat tempoh (5), salah guna pas (8) dan pemegang kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (16). 

Hasil pemeriksaan mendapati kebanyakan kenderaan yang dipandu warga asing adalah milik warga tempatan.

“Ada juga kenderaan yang diubah suai menjadi motosikal roda tiga bagi kegunaan berniaga makanan serta membawa barangan lusuh,” katanya. 

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

 

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here