Pemandu treler mengaku tidak salah sebabkan kematian empat beranak

1348

Pemandu treler yang terlibat dalam nahas tujuh kenderaan hingga mengorbankan empat beranak di KM277.1, Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) arah selatan minggu lalu dihadapkan ke Mahkamah Majistret, Ipoh. 

Tertuduh, Suhaimi Mohd Nor, 34, didakwa di mahkamah berkenaan atas empat pertuduhan memandu secara berbahaya hingga menyebabkan kematian kesemua mangsa.



Bagaimanapun, bapa kepada lima anak itu mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan dibacakan secara berasingan di hadapan Majistret Noor Hafiza Ishak.

Mengikut pertuduhan, Suhaimi yang memandu treler jenis Hino didakwa memandu kenderaan tersebut secara berbahaya dan menyebabkan kematian Rahim Ramli, 60, bersama isteri, Siti Petimah Omar, 59, serta dua anak mereka, Nor Hadirah, 28, dan Nor Hamizah, 27.

Dia didakwa melakukan kesemua kesalahan itu di KM277.1, PLUS arah selatan dalam daerah Ipoh pada jam 2.55 petang, 13 Julai 2022.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 4(1), Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang membawa hukuman penjara tidak kurang lima tahun dan tidak lebih 10 tahun serta denda antara RM20,000 hingga RM50,000 dan hilang kelayakan daripada memegang dan mendapatkan lesen memandu selama tempoh tidak lebih lima tahun dari tarikh sabitan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, N. M. Maganaraj Mithra menawarkan jaminan RM40,000 bagi setiap pertuduhan namun Amir Kusyairi Mohamad Tanusi yang mewakili tertuduh memohon jumlah jaminan dikurangkan.

Menurut beliau, anak guamnya itu kehilangan punca pendapatan ekoran tidak lagi bekerja selepas insiden berkenaan dan merupakan penanggung tunggal keluarga. 

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here