Tiktoker kongsi anggota polis disyaki ambil rasuah, pihak berkuasa minta saksi tampil

1204

Polis sedang mengesan pemilik akaun TikTok bagi membantu siasatan berkaitan dakwaan anggota kereta peronda polis (MPV) mengambil rasuah menerusi video yang dimuatnaik di akaun berkenaan.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Amihizam Abdul Shukor berkata rakaman video pendek 31 saat itu menunjukkan anggota peronda disyaki mengambil suapan berhampiran stesen minyak.

“Hasil siasatan awal mendapati kejadian dipercayai berlaku di sebuah stesen minyak di Lebuhraya Kuala Lumpur-Seremban.



“Usaha mengesan dan merakam keterangan pemilik akaun TikTok sedang dijalankan bagi membantu siasatan,” katanya.

Justeru itu, pihak polis meminta pemilik akaun TikTok dan orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan tarikh, masa kejadian dan nombor pendaftaran untuk tampil ke depan. 

Maklumat boleh disalurkan ke talian hotline polis Brickfields di 03-22979222 atau hotline polis Kuala Lumpur (03-21159999) atau mana-mana balai polis berdekatan.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here