MBM lancar tiga model elektrik, harga serendah RM330k

1075

Mercedes-Benz Malaysia (MBM) memperkenalkan tiga model elektrik di bawah sub-jenama  Mercedes-EQ sebagai tanda komited ke arah masa depan elektrik di Malaysia. 

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif MBM, Sagree Sardien berkata pihak syarikat cuba  mengekalkan momentumnya ke arah masa depan yang mampan dengan pelancaran tambahan baharu kepada keluarga Mercedes-EQ.

Mercedes-EQC 450+: RM698,888



Kenderaan elektrik pertama dalam kelas mewah ini didatangkan dengan pakej luaran AMG line dengan rim aloi ringan multi-jejari AMG 21-inci.

Gril radiator bersama logo besar Mercedes-Benz di bahagian depan menonjolkan aura mewah kereta elektrik berasaskan S-Class itu. Pihak Mercedes mengubah kedudukan tiang-A jauh ke depan manakala tiang-C di belakang menyediakan ruangan penumpang lebih luas.

EQS 450+ dilengkapi dengan pakej Digital Light yang menampilkan Pencahayaan Digital tersendiri dengan jalur pantulan berterusan di bahagian depan bersama Bantuan Lampu Tinggi Adaptif Plus.

Mercedes-Benz menawarkan 64 warna pencahayaan kabin yang kemudian dilengkapkan dengan padanan stereng kulit nappa, kemasan kayu pada papan pemuka dan konsol tengah serta pedal tukaran gear di belakang stereng berwarna krom. 

Sedan sifar emisi itu juga didatangkan dengan tablet MBUX pada penyandar kerusi depan dan sistem pengecas tanpa wayar di samping kawalan pendingin hawa thermotronic, tailgate easy-pack dan penutup ruangan but.

EQS 450+ buat pertama kalinya menampilkan stereng gandar belakang untuk pergerakan yang lebih mudah, pakej Airmatic, dan suspensi dengan sistem redaman adaptif.

Sedan itu dilengkapi dengan kapasiti bateri 107.8 kWj yang mana isian bateri penuh mampu menawarkan jarak perjalanan sejauh 782km. 

Sebagai standard pemilik akan menerima kabel pengecas standard sepanjang 5-meter untuk wallbox dan stesen pengecasan awam. 

Sedan elektrik mewah itu juga ditawarkan dengan perlindungan pejalan kaki. Oleh kerana kenderaan elektrik tiada bunyi enjin, ia dilengkapi dengan indikator akustik supaya  tidak mendatangkan bahaya kepada pejalan kaki dan penunggang basikal.

Indikator kehadiran akustik menjana bunyi tertentu di luar kenderaan sehingga kelajuan lebih kurang 30 kmj. 

Antara ciri keselamatan yang ditawarkan pada sedan yang didatangkan dengan 350 sensor itu adalah Pakej Bantuan Pemanduan Plus termasuk:

  • Active Distance Assist DISTRONIC
  • Active Lane Keeping Assist
  • Active Steering Assist
  • Evasive manoeuvre support,
  • PRE-SAFE 

SPESIFIKASI:

GALERI

Mercedes-EQC 400: Anggaran RM 390,000

EQC 400 4MATIC akan mula berada di pasaran bermula Oktober. SUV itu didatangkan dengan luaran AMG Line dan penggayaan badan AMG yang dilengkapkan dengan rim aloi multi jejari AMG 20-inci,  lampu depan LED multibeam dan sensor pengelap cermin serta hujan.

Bahagian dalaman menampilkan pakej lampu kabin dan kemasan aluminium bersama padanan stereng sukan multifungsi material kulit dan papan pemuka nappa dengan upholsteri hitam.

Menambah keselesaan, EQC 400 4MATIC didatangkan dengan kaca akustik penebat haba dan bunyi, tempat duduk depan boleh laras elektrik dengan fungsi memori dan sokongan lumbar empat pelarasan.

SUV itu juga didatangkan dengan pakej Keyless-Go, akses bebas tangan dan pintu belakang easy pack. 

EQC 400 4MATIC didatangkan standard dengan pendingin hawa thermotronic, lampu kabin, karpet AMG, garisan bumbung fabrik gitam, tirai suria di cermin pintu penumpang belakang, sistem cas wayarles dan sil pintu.

Tidak ketinggalan port cas USB berkembar Type C dan soket 12 volt. SUV elektrik tersebut ditawarkan dengan pakej bantuan pemanduan merangkumi Active Distance Assist Distronic, sistem Pre-Safe dan Bantuan Aktif Stereng. 

Ia turut dilengkapi dengan Adaptive Highbeam Assist Plus dan perlindungan urban yang menampilkan sistem penggera anti-curi dan sistem pemantauan kabin menerusi aplikasi Mercedes. Tidak ketinggalan, kamera 360-darjah dan bantuan parkir aktif dengan parktronic. 

SPESIFIKASI

GALERI

Mercedes-EQB 350 4MATIC:  Anggaran RM330,000

EQB 350 4MATIC akan mula berada di pasaran pada September depan yang merupakan EV mewah dengan kapasiti tujuh tempat duduk yang pertama ditawarkan di Malaysia.  

SUV itu dilengkapi rim aloi lima jari 19 inci, lampu utama LED High Performance dan rel bumbung.

Walaupun kelihatan kompak, kapasiti but maksimum mencecah 1,710 liter yang mana kerusi baris kedua boleh dilaras dengan beberapa konfigurasi mengikut keperluan.

Tempat duduk dibalut dengan kulit Artico bersama fabrik Cupertino. Ia juga hadir dengan pakej Keyless-Go Comfort, Keyless-Go, akses bebas tangan, sistem kawalan suhu automatik Thermotronic, lampu ambien dan banyak lagi.

SPESIFIKASI

GALERI

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

 

 





 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here