5 ciri baru yang anda perlu Cardo Packtalk Edge serba baharu

884

Bagi memudahkan komunikasi buat penunggang motosikal di Malaysia, Cardo Malaysia melancarkan Cardo Packtalk Edge serba baharu.

Cardo Packtalk Edge merupakan alat ‘intercomm’ terbaru sekali gus menjadi model ‘flagship’ terbaru Cardo Malaysia menggantikan Packtalk Bold.

Packtalk Edge juga menawarkan fungsi Bluetooth 5.2 terkini dan Dynamic Mesh Communication (DMC) generasi kedua.



Ini ciri-ciri yang anda perlu tahu tentang Cardo Packtalk Edge: 

  1. Perbezaan ketara dengan versi terdahulu adalah rekaan yang lebih kemas dan minimalis di samping ketiadaan antenna yang sebelum ini menjadi ciri utama Packtalk Bold.
  2. Bahan magnetik itu memastikan Packtalk Edge mudah dipasang dan ditanggalkan dengan hanya menggunakan sebelah tangan sahaja.
  3. Packtalk Edge juga tampil dengan ciri ‘fast charging’ hasil penggunaan kabel USB Type-C. Ia dikatakan boleh bertahan sehingga 13 jam bagi setiap cas penuh.
  4. Ia boleh dihubungkan antara dua hingga 15 alat pada satu masa dengan jarak mencapai hingga 1,600 meter.
  5. Cardo Packtalk Edge juga dilengkapi speaker berkualiti tinggi hasil kerjasama dengan JBL.

Sementara itu, orang ramai yang berminat boleh mendapatkan Cardo Packtalk Edge di pengedar rasmi dengan harga RM1,649. Setiap pembelian didatangkan dengan waranti tiga tahun.

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here