Dinamikjaya Motors Sdn Bhd, pengedar tunggal kenderaan jenama Kia di Malaysia mengumumkan pembukaan pusat 3S utamanya di Lembah Klang.
Ia dikenali sebagai Kia Glenmarie itu terletak di Glenmarie, Selangor dengan menawarkan perkhidmatan jualan, servis dan alat ganti kepada semua pelanggannya.
Ia menampilkan identiti jenama baharu Kia yang dikenali sebagai Kia Store dengan ruang bilik pameran dihiasi oleh kemasan jalur berwarna merah. Pada masa sama, ia turut bertemakan tona kayu memberikan rasa hangat dan minimalis.
Dengan kawasaan binaan mencecah 39,240 kaki persegi, Kia Glenmarie mampu mempamerkan sehingga empat kenderaan pada satu-satu masa.
Ia juga memliki 24 ruang servis dikendalikan oleh pekerja mahir dan terlatih. Demi menawarkan pengalaman pemilikan yang terbaik, pusat 3S berkenaan dilengkapi peralatan sistem diagnostik terkini.
Kia Glenmarie terletak di No. 1, Jalan Pelukis U1/46, Temasya Industrial Park, Seksyen U1, 40150 Shah Alam, Selangor.
Waktu operasi bilik pameran bermula jam 8.30am hingga 7.00 petang pada hari bekerja. 9.00am-5.00 (Sabtu ) dan 10.00am-5.00pm (Ahad dan cuti umum).
Operasi pusat servis pula bermula jam 8.00am hingga 5.00pm pada hari bekerja, 8:00am-12:00pm (Sabtu) dan ditutup pada cuti umum.