Hujung bulan lalu, Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) menawarkan sportbike Yamaha YZF-R15M ke pasaran tempatan pada harga cadangan RM14,998.
Ditawarkan dengan dua pilihan warna ikonik Signature M dan Monster Energy Edition, sportbike itu memiliki beberapa ciri peralatan antaranya Sistem Brek Anti Kunci (ABS) dwi saluran depan/belakang, kaliper brek ByBre (depan) dan Nissin (belakang).
Bagaimanapun, sebelum ini di dalam spesifikasi produk baharu itu dinyatakan R15M ditawarkan dengan ciri keselamatan tongkat kaki bersama cut-off switch.
Namun, pengedar jenama Yamaha berkenaan memohon maaf atas kesilapan tersebut kerana ciri keselamatan itu tidak ditawarkan pada sportbike R15M.
Untuk makluman, YZF-R15M didatangkan dengan enjin 155cc suntikan bahan api Single Overhead Cam penyejuk cecair 155cc VVA yang menghasilkan kuasa 19hp dengan tork 14.7Nm bersama transmisi enam kelajuan manual.
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar