Chery buka kilang di Indonesia, rancang keluarkan kenderaan elektrik

1052

Perusahaan automotif Chery International merancang melabur hampir AS1 bilion (RM4.45 bilion) bagi pembangunan kilang pengeluaran dengan kapasiti 200,000 unit kenderaan.

Timbalan Presiden Eksekutif Chery International, Charlie Zhang berkata sedemikian ketika lawatan Menteri Koordinator Bidang Kemaritiman dan Investasi, Luhut Bindar Pandjaitan dan Menteri Luar Negeri, Retno Marsudi saat kunjungan hari pertama Presiden Joko Widodo ke Beijing, China. 



Bagi mencapai sasaran pengeluaran 200,000 kenderaan, pelaburan Chery di Indonesia akan dilakukan dalam empat tahap. Peringkat awal akan bermula tahun ini dengan nilai AS40 juta (RM178 juta) dengan sasaran pengeluaran 20,000 unit per tahun.

Kemudian tahap keempat pada 2028, Chery akan menggenapkan nilai pelaburan hingga mendekati AS 1 bilion sehingga dapat mengoptimumkan jumlah produksi 200,000 unit per tahun.

“Jumlah produksi kenderaan Chery di Indonesia juga akan membuka lapangan pekerjaan  sebanyak 20,000 orang,” kata Zhang.

Pada pertemuan tersebut, Zhang juga menyampaikan rencana pelaburan Chery di Indonesia untuk pembangunan kenderaan elektrik. Menurutnya, Indonesia memiliki peranan dalam pengembangan industri kenderaan tenaga terbarukan kerana memiliki cadangan nikel tertinggi di dunia.

Chery secara kumulatif menjual lebih dari 10 juta kendaraan, dengan lebih dari dua juta kendaraan di antaranya diekspor ke lebih dari 80 negara dan wilayah di seluruh dunia.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here