Perodua Myvi himpit rapat lori tangki, siapa salah?

1796

Seharusnya pengguna jalan raya sudah tahu beberapa lokasi titik buta kenderaan besar dan mengelak berhenti mahupun memandu berhampiran kenderaan berat ini.

Klip video yang dikongsi akaun Facebook Kaki Komen menunjukkan sebuah Perodua Myvi keluar dari stesen minyak lalu berhenti di sebelah pintu penumpang depan.



Kedudukannya itu juga menyebabkan pemandu lori tidak dapat melihat kenderaan tersebut kerana berada di lokasi titik buta. 

Ketika lori tangki minyak itu ingin bergerak boleh dilihat bahagian belakang menghentam sisi hatchback tersebut.

Menerusi video itu boleh dilihat pemandu lori memberi penjelasan bahawa dia sedang menunggu keadaan ‘clear’ untuk memasuki jalan besar tersebut.

“Nampak divider kat depan tu, saya kena ambil side kat situ.

“Kalau cik tunggu sebelah sayapun macam mana cik nak keluar sebab lori saya dah hadang pandangan kanan,” jelas pemandu lori tersebut.

Bagaimanapun, menerusi video itu pemandu Myvi berkenaan memberi alasan bahawa mengingatkan lori itu berhenti kerana itulah dia bergerak dan berada pada kedudukan tersebut.

Namun, menerusi ruangan komen ramai yang bersimpati dengan nasib pemandu lori minyak tersebut yang berkemungkinan berdepan dengan tindakan. 

Buat pemandu kenderaan seharusnya anda perlu mengetahui lokasi selamat ketika berada berhampiran kenderaan berat. Berikut lokasi titik buta lori yang perlu anda ketahui, baca artikel ini. 

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar
 

 

 

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here