Pakcik Shell: Pagi atau malam OK isi minyak?, ini jawapannya….

1416

Dalam satu video yang dimuat naik akaun Instagram @pakcikshell, beliau berkongsi uji kaji berkaitan mitos selama ini yang menjelaskan isi minyak pada waktu malam lebih menguntungkan berbanding awal pagi.

Ini kerana mitos mengatakan pada awal pagi minyak akan  ‘mengembang’ manakala sebelah malam lebih sejuk minyak akan menjadi padat.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Shairan Huzani (@pakcikshell)



Justeru itu, Pakcik Shell merungkai mitos berkenaan dan sebenarnya tiada perbezaan daripada segi kuantiti sama ada mengisi minyak pada pagi mahupun malam.

Dalam ujikaji itu suhu minyak masih sama 33 darjah celcius walaupun dipam pagi mahupun malam. Bahkan kuantiti minyak juga sama kerana bahan bakar itu disimpan dalam tangki bawah tanah setiap stesen mempunyai suhu yang stabil dan terkawal.

Menurut Pak Cik Shell, uji kaji itu dibuat menggunakan peralatan selamat dan dipantau untuk mengelak kemalangan semasa uji kaji tersebut dibuat.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar
 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here