PT Toyota Motor Manufacturing Indonesia (TMMIN) dikatakan menghentikan pengeluaran kereta sedan, Toyota Vios di kilang Karawang, Jawa Barat.
Khabar angin itu muncul selepas satu video beberapa pekerja kilang yang mengucapkan selamat tinggal untuk Vios.
Berdasarkan rakaman itu, ia dimula dengan menunjuk kerangka Vios sebelum dialihkan kepada beberapa pekerja kilang yang memegang kepingan kertas yang tertulis “Sayonara Vios”.
Berdasarkan video itu, ia seperti berada di kilang pemasangan kereta. Video itu bermula dengan menunjukan seolah-olah kerangka Vios sebelum dialihkan sekumpulan pekerja yang memegang kertas “Sayonara Vios”.
Seorang lelaki dalam video itu juga memberi satu ucapan selamat tinggal kepada kereta sedan berkenaan.
“Terima kasih Vios kerana menjadi sebahagian daripada sejarah kejayaan penubuhan Plant Two,” kata lelaki dalam video itu.
View this post on Instagram
Laporan akhbar Kompas.com pula, Pengarah Hal Ehwal Korporat PT Toyota Motor Manufacturing Indonesia (TMMIN), Bob Azam, tidak membantah dan enggan mengulas lanjut mengenai khabar angin bahawa pengeluaran Vios dihentikan di Indonesia.
“Ia hanya media sosial, belum ada pengumuman rasmi daripada TMMIN,” katanya.
Untuk makluman, Toyota Vios mula masuk ke Indonesia pada 2002 sebagai pengganti Toyota Soluna dalam segmen mobil sedan. Ia ketika itu bersaing dengan beberapa model segmen lain membabitkan Honda City dan Suzuki Baleno.
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar