Baru dua hari pakai, Perodua Alza serba baharu terbabit kemalangan

1579

Kenderaan pelbagai guna (MPV) Perodua Alza Serba Baharu yang baharu dimiliki dua hari terbabit dalam kemalangan dalam nahas empat kenderaan semalam.

Kejadian itu berlaku di Kilometer 36 Jalan Tampin Gemas, berhampiran persimpangan Jalan Kampung Sungai Dua, di sini kira-kira pukul 5.55 petang semalam.

Kemalangan itu menyebabkan Perodua Alza berwarna hitam milik guru berusia 37 tahun itu rosak teruk di bahagian hadapan.



Ketua Polis Daerah Tampin, Superintenden Anuwal Ab. Wahab yang dipetik Utusan Malaysia berkata, kemalangan berlaku kira-kira pukul 5.55 petang membabitkan kenderaan Perodua Alza, Perodua Kancil, Proton Saga dan sebuah kereta jenis Hyundai.

Menurutnya, siasatan awal mendapati pemandu kereta Perodua Alza berkenaan dari arah Gemencheh menuju Bukit Jalor Air Kuning Selatan berhenti di simpang Jalan Kampung Sungai Dua-Air Kuning Selatan bersama sebuah kereta Perodua Kancil di belakangnya untuk masuk simpang yang sama. 

“Sebuah kereta jenis Proton Saga yang dipandu oleh seorang lelaki berusia 18 tahun terus keluar dari simpang iaitu dari arah Air Kuning Selatan ke arah Gemas berlanggar dengan sebuah kereta jenis Hyundai yang melalui jalan utama iaitu dari arah Gemas ke Tampin.

“Kejadian berkenaan menyebabkan pemandu kereta Hyundai hilang kawalan dan melanggar kereta Perodua Alza yang menunggu untuk membelok,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Anuwal berkata, pemandu kereta Perodua Kancil luka di kepala dan mendapat rawatan di Hospital Tampin sebagai pesakit luar.

Rata-rata netizen simpati dengan pemilik Perodua Alza itu dan ada juga yang  berasa kagum dengan ciri keselamatan yang ada pada Alza serba baharu ini.

Untuk makluman, MPV terbaharu itu mendapat ‘5 Bintang ASEAN NCAP’ dalam ujian kemalangan dengan skor keseluruhan sebanyak 81.64 mata.

Galari Perodua Alza serba baharu

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here