Perodua terima 24,265 tempahan pada Julai, Alza sumbang 9,000 unit

895

Perodua menerima 24,265 tempahan pada bulan Julai walaupun cukai jualan bagi kenderaan baharu tamat pada Jun lalu. 

Syarikat tersebut mencatatkan peningkatan jualan sebanyak 48.7 peratus iaitu 145,689 unit berbanding 97,945 unit pada bulan Januari hingga Julai dalam tempoh sama tahun lalu.



Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Sri Zainal Abidin Ahmad berkata faktor utama penyumpang kepada jualan tersebut adalah pembeli ingin mendapat harga pelepasan cukai jualan yang diperkenalkan oleh pihak kerajaan.

“Faktor kedua merupakan kesan penutupan hampir kesemua sektor pada bulan Jun hingga pertengahan Ogos 2021 bertujuan untuk membendung wabak Covid-19 pada masa itu.

“Bilangan tempahan kenderaan baharu, walaupun tidak setinggi prestasi Januari hingga Jun tahun ini, adalah lebih baik daripada apa yang dijangkakan,” jelasnya.

Di samping itu, Perodua Alza serba baharu juga mencatatkan tempahan sebanyak 39,000 sejak pembukaan dan bulan lalu Perodua menerima 9,000 unit tempahan melebihi sasaran jualan bulanan sebanyak 3,000 unit.

“Walaupun angka jualan kami sehingga kini kukuh, namun masih lagi terdapat beberapa isu yang belum selesai seperti kekurangan tenaga kerja dan bekalan cip semikonduktor yang masih belum stabil.

“Akibat daripada isu-isu ini, jualan bulanan kami merosot sebanyak 13.3 peratus kepada 18,346 pada bulan Julai berbanding 21,164 kenderaan yang dijual pada bulan Jun lepas,” katanya. 

Bagaimanapun, Perodua telah mendapat bekalan secukupnya mengeluarkan dan mendaftar lebih daripada 247,800 unit sasaran pada awal tahun ini. 

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here