Perodua tidak menolak bakal perkenal EV 5 tahun lagi

887

Perodua tidak menolak kemungkinan memperkenalkan kenderaan elektrik (EV) dalam tempoh lima tahun lagi.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Seri Zainal Abidin Ahmad menjelaskan perancangan tersebut perlu dilakukan secara berhati-hati kerana banyak faktor perlu dipertimbangkan.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Dato’ Zainal Abidin Ahmad

Kami tidak janji dalam masa terdekat namun perancangan perlulah seiring dengan syarikat.



“Sokongan dan banyak bahagian konsep dan gaya pemanduan pengguna Malaysia perlu difahami dan diperjelaskan kerana tidak sama macam guna ICE (enjin pembakaran dalaman),” katanya pada sidang media sesi pandu uji Alza (2022) serba baharu di Kota Bharu, Kelantan.

Beliau berkata ada tiga perkara perlu diambilkira dalam pembangunan EV Perodua iaitu sistem pengurusan bateri (BMS), sistem inverter, dan pemasangan tempatan yang perlu melibatkan vendor tempatan.

“Tentu kami mahukan vendor terlibat yang mana ini mengambil masa dan tidak ingin import bateri kemudian claim EV.

“Kita juga perlu pastikan impak kepada emisi selain keterbatasan pemanduan jarak jauh EV selain keselesaan pengendalian dan pelbagai lagi,” katanya.

Selain itu, Zainal Abidin mengulas mengenai manfaat pengecualian cukai jalan yang diberikan Kerajaan sekaligus menyaksikan kehadiran banyak produk EV dari China yang dijual pada harga serendah RM40,000 di pasaran.

“Kenderaan EV murah jika tidak dikawal akan menjadi tempat lambakan kereta dari luar. Tidak mahu menjadi tempat lambakan plastik misalnya, kedai dua ringgit yang menjual permainan kanak-kanak, semua suka sebab harga murah, tapi selepas pakai dua hari sudah rosak,” jelasnya menambah perancangan EV akan dilakukan bersama Daihatsu. 

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here