Sejak pengenalannya, Isuzu D-Max serba baru mencuri perhatian ramai dengan gabungan intipati, kemewahan dan kemampuannya untuk tampil dengan penawaran menyeluruh yang lengkap dalam dunia trak pikap.
Pencapaian sebagai pemenang pelbagai anugerah trak tahunan terbaik membuktikan kekuatannya sebagai ikon rekaan dan layak mendapat layanan karpet merah sebagai kenderaan rasmi KL Fashion Week (KLFW) 2022.
Tema KLFW 2022 tahun ini, “The Bigger, The Better”. Ia sangat sesuai dengan imej Isuzu D-Max generasi ketiga bagi penggemar gaya hidup yang mencari kelainan untuk memenuhi minat dan keperluan mereka.
Isuzu D-Max mencabar norma kebiasaan
Ketua Pegawai Operasi Isuzu Malaysia, Kenkichi Sogo berkata, Isuzu D-Max tampil rekaan canggih, kelengkapan penuh serta kemampuan untuk melakukan apa jua di mana saja.
“Isuzu D-Max mencabar norma kebiasaan dan membolehkan anda untuk mengukir memori tersendiri dengannya.
“Bersama KLFW, kami ingin membawakan rekaan imaginatif yang mengilhami ini selangkah lagi ke hadapan dan untuk dikongsi bersama khalayak,” katanya.
Sebagai penaja Kenderaan Gaya Hidup Terulung untuk acara berkenaan, Isuzu D-Max X-Terrain mempamerkan identitinya yang tersendiri. Ia menjadikannya kenderaan urban dengan daya tarikan tersendiri, lengkap dengan pelbagai kemampuan lain termasuk off-road.
Temui Isuzu D-Max di Pavilion Kuala Lumpur
Isuzu D-Max X-Terrain akan ditampilkan dalam acara KLFW tahun ini yang akan bermula pada 15 hingga 21 Ogos 2022 di Pavilion Kuala Lumpur.
Tiga unit Isuzu D-Max X-Terrain akan dipamerkan dalam warna Valencia Orange, Onyx Black dan Silky Pearl White.
Temuinya di laluan pejalan kaki utama di pusat Kuala Lumpur—satu di ruang legar air pancut Pavilion, satu di laluan penghubung ke Quivio dan satu lagi di seberang jalan di hadapan Fahrenheit.