GoCar jalin kerjasama dengan Green EV Charge untuk akses pengecasan EV lebih mudah

496

GoCar Malaysia, peneraju platform mobiliti sebagai perkhidmatan berdasarkan kepada permintaan mengumumkan kolaborasi dengan Green EV Charge, sebuah syarikat kerjasama di antara Yinson Green Technologies (M) Sdn Bhd dan GreenTech Malaysia Alliances Sdn Bhd. 

Matlamat kerjasama itu adalah untuk meningkatkan kemudahan pengecasan EV di seluruh negara dengan mengintegrasikan platform mudah alih chargEV dengan aplikasi GoCar. 

Kerjasama itu membolehkan ahli GoCar dan pengguna EV lain mendapatkan akses lebih mudah dan ketersambungan lebih baik ke atas semua stesen chargEV secara langsung daripada aplikasi GoCar tanpa perlu menukar platform. 



Fasa Pertama

Fasa pertama integrasi itu akan membolehkan pengguna aplikasi GoCar untuk melihat lokasi, kebolehdapatan dan jenis pengecas dalam rangkaian chargEV. 

Penambahbaikan pada fasa seterusnya adalah integrasi seperti pra-tempahan pengecas EV, menjadualkan pengecasan, membuat pembayaran dan memantau proses mengecas. 

Kolaborasi dengan Green EV Charge adalah usaha terkini GoCar untuk mengembangkan akses pengalaman EV kepada lebih ramai rakyat Malaysia. 

Ada pelbagai jenama kenderaan elektrik

Syarikat juga telah mengembangkan perkongsian serta langganan GoEV yang kini merangkumi model-model seperti Nissan Leaf, Hyundai Kona E-Max dan E-Lite. Ia mensasarkan untuk menambahnya kepada lebih 100 unit EV menjelang tahun 2022.  

Menerusi GoEV, ahli GoCar boleh merasai pengalaman memandu sebuah EV selama sejam, sehari atau sebulan, malah setahun hingga tiga tahun.

Berdasarkan kepada data yang dikumpul hingga ke hari ini, daripada 1,000 pengguna GoEV yang telah mencatat perjalanan lebih 500,000km, 90 peratus merupakan pengguna EV kali pertama.  

Aplikasi chargEV

Pelanggan boleh melihat lokasi, kebolehdapatan dan maklumat jenis penyambung pengecas, selain mendapatkan arahan penggunaan pada masa sebenar. Syarikat telah menambah baik pengalaman khidmat pelanggan dan akses pantas kepada hotline sokongan melalui aplikasi mudah alih chargEV. 

Aplikasi itu kini menawarkan lebih fleksibiliti dengan pilihan langganan dan bayaran mengikut penggunaan bagi memenuhi keperluan pelanggan, selain menawarkan akses lebih baik kepada semula kenderaan elektrik.  

Untuk mendaftar keahlian GoCar dan menikmati pengalaman memandu sebuah EV yang senyap, bersih serta berkuasa, muat turun aplikasi mudah alih GoCar di sini.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here