
Sejak bertahun-tahun sebuah pesawat jenis Boeing 737 dibiarkan tersadai di satu kawasan kuari batu kapur di Bali, Indonesia sehingga menjadi misteri.
Bagaimnapun, kapal terbang yang sudah dilitupi kulat hijau itu kini menjadi antara tumpuan pelancong yang teruja untuk bergambar dan mendengar kisah misteri pesawat berkenaan.

Kuari batu kapur itu terletak berhampiran Lebuh Raya Nusa Dua Selatan, tidak jauh dari pantai Pandawa antara lokasi popular dalam kalangan pelancong.
Pemandu pelancong memberitahu, pesawat itu sukar dilihat dari jauh kerana terlindung di sebalik timbunan kontena lama.

Menurut penduduk, pesawat itu dipercayai dibeli oleh seorang ahli perniagaan untuk ditukar menjadi restoran.
Namun, penduduk tidak mengetahui mengapa rancangan itu tidak berjalan dan punca pesawat itu dibiarkan tersadai di lokasi berkenaan.