Penghantar p-hailling bakal diwajibkan miliki lesen GDL

697

Penunggang perkhidmatan p-hailling seperti Foodpanda dan Grab Food bakal diwajibkan memiliki lesen memandu vokasional (GDL) apabila Rang Undang-undang (RUU) pindaan terhadap tiga peruntukan undang-undang pengangkutan jalan diluluskan pada sesi pembentangan di Parlimen akan datang.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata, pindaan undang-undang Akta Pengangkutan Jalan 1987 [Akta 333], Akta Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan 1987 [Akta 334] dan Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 [Akta 715], turut melibatkan had usia penunggang perkhidmatan penghantaran makanan itu daripada tidak kurang 21 tahun kepada tidak kurang 18 tahun.

Beliau berkata, Mesyuarat Jemaah Menteri pada Jumaat lalu bersetuju supaya Kerajaan melalui Kementerian Pengangkutan dan agensi-agensi bawahnya iaitu Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD), Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) Sabah dan Negeri Sarawak untuk turut mengawal selia perkhidmatan kenderaan barangan yang disediakan oleh suatu perniagaan penghantaran, terutamanya yang menggunakan motosikal (perkhidmatan p-hailing).

“Ketetapan ini seterusnya akan membuka peluang kepada lebih ramai menyertai sektor ekonomi gig untuk menjana pendapatan menerusi perkhidmatan p-hailing dan lain-lain platform perkhidmatan penghantaran.

 

“Ketiga-tiga Rang Undang-Undang bagi meminda akta terbabit akan dibentangkan untuk perbahasan dan kelulusan Parlimen pada dalam sesi akan datang,” katanya selepas sesi dialog bersama penunggang p-hailing, di kementerian itu, petang semalam.

Ka Siong berkata, penurunan had usia itu dibuat selepas melihat demografi di Malaysia selain penghantaran makanan kini menjadi punca rezeki yang penting termasuk remaja yang sudah tidak lagi bersekolah pada usia 18 tahun.

Beliau berkata, pihaknya juga faham ada sesetengah pihak termasuk penunggang p-hailing meminta tidak diwajibkan mengambil GDL, namun ia bagi memastikan semua penawar perkhidmatan berkenaan menghadiri kursus.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here