Selepas 7 tahun, Rhys William ucap selamat tinggal pada Wira Lejen

1006

Selebriti media sosial terkenal, Rhys William melahirkan rasa sedih apabila terpaksa menjual kereta Proton Wira miliknya yang dimilikinya sejak 2015.

Dalam satu video yang dikongsi di laman facebook dan TikTok, William yang terkenal dengan program Mat Salleh Cari Makan berkata, kereta Wira itu adalah kenderaan pertama dimilikinya sejak berhijrah ke Malaysia pada 2013.



“Selamat tinggal sayangku. RIP Wira Lejen 2015-2022. Berakhir satu zaman saya bersama Wira Lejen ini. Kereta pertama saya yang menjadi teman saya sepanjang tujuh tahun. Banyak kenangan bersama mu.

“Walaupun wira ini memang lasak dan tetap stedy, akhirnya sampai pengakhiran dia. Goodbye,” katanya.

Dalam video itu, William turut mengimbau kenangan pahit manis bersama kereta kesayangannya itu termasuk membuat konten pertama, menjelajah seluruh Malaysia untuk mendaki gunung dan memandu hingga ke Singapura.

@si_rhys

Selamat tinggal sayangku 😭 RIP Wira “Lejen” 2015-2022 Zaman melahirkan Wira.. Wira mencorakkan zaman… Berakhir satu zaman saya bersama “Wira Lejen” ni. Kereta pertama saya yang jadi teman saya sepanjang 7 tahun ni. Banyak kenangan bersamamu 😭 Walaupun Proton Wira memang lasak dan tetap steady, akhirnya sampai pengakhiran dia.. Bak kata mat salleh, “all good things come to an end”. Goodbye & Selamat tinggal sayangku 😭 #MatSallehCariMakan #SentiasaLapar #foodreview #fyp #makan #wira #wiraproton #wiraprotonmalaysia

♬ Sad background music of piano and strings – Rinotzr

Anaknya juga membesar dengan kereta Wira berkenaan.

William turut menyelitkan kenangan pahit bersama Wira itu termasuk rosak secara tiba-tiba, tayar meletup di lebuh raya dan dilanggar kereta lain.

“Bak kata perpatah mat salleh, setiap benda yang indah pasti ada pengakhirannya,” katanya.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here