Kerajaan Indonesia menaikkan kadar tambang teksi motosikal atau dikenali sebagai Ojek Online di negara itu berkuat-kuasa pada 14 Ogos ini.
Jurucakap Kementerian Perhubungan, Adita Irawati berkata, kenaikkan itu melibatkan perkhidmatan motosikal yang membawa pembonceng dan caj perkhidmatan membawa serta menghantar makanan dan barangan seperti GoSend dan Grabfood tidak berubah.
“Kenaikkan ini berdasarkan kajian terhadap tambang secara langsung, jaminan kesihatan, caj tambahan hujan dan jarak minima tempahan.
“Bagaimanapun, tambang baru ini masih lagi dalam lingkungan kemampuan pengguna,” katanya.
Dengan kadar baru itu, pengguna perlu membayar kira-kira Rp2,600 (RM0.78) hingga Rp2,7000 (RM0.81) untuk satu kilometer berbanding tambang lama iaitu kira-kira Rp2,000 (RM0.60).
Sementara itu, Naib Gabenor Jakarta, Ahmad Riza Patria berharap, dengan kenaikkan kadar tambang Ojek Online itu akan mendorong penduduk menggunakan pengangkutan awam yang jauh lebih murah.
“Pengangkutan awam seperti perkhidmatan bas Transjakarta masih sangat murah dan boleh menghubungkan anda kemana-mana di bandar ini,” katanya.