Seorang buruh maut selepas motosikal ditunggangnya terbabas di kilometer 397.6 Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) Bukit Besi menghala ke Ajil.
Kejadian itu berlaku kira-kira jam 3.30 pagi itu dan mangsa, Mohd Nazli Dasuki, 40, meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di kepala.
Ketua Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superintendan Mohd Adli Mat Daud dipetik Sinar Harian berkata, mangsa berasal dari Tanjong Karang, Selangor dalam perjalanan menuju ke Kuala Terengganu sempena program RX-Z Member 4.0.
Menurutnya, siasatan awal dikatakan mangsa menunggang secara konvoi bersama 19 motosikal RX-Z serta empat kenderaan pacuan empat roda dari Tanjung Karang, Selangor menuju ke Kuala Terengganu jam 6 petang pada Khamis.
“Sebaik tiba di lokasi kejadian, motosikal ditunggang mangsa hilang kawalan sebelum terjatuh di atas jalan,” katanya.
Menerusi satu posting di Facebook, jenazah di bawa ke Hospital Hulu Terengganu untuk diuruskan sebelum di bawa pulang ke Tanjong Karang.