5 tahun terbengkalai, litar lumba Sungai Petani dibangunkan semula

1707

Litar lumba dengan nilai pembangunan mencecah RM85 juta akan dibangunkan semula di Ambangan Heights, Bandar Aman Jaya, Kedah selepas beberapa kali projek berkenaan tertangguh.

Projek yang terbengkalai sejak 2017 itu bakal dibangunkan semula dalam masa terdekat dengan panjang litar 1.8km di atas tanah seluas 40 hektar. Ia juga akan dilengkapi dengan ruang pameran dan beberapa kemudahan lain. 



Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, kerajaan negeri berharap projek tersebut dapat disiapkan sekurang-kurangnya enam bulan dari sekarang.

“Litar ini dibangunkan atas tanah milik Menteri Besar Incorporate (MBI) seluas 60 hektar oleh sebuah syarikat berpengalaman dalam bidang automotif dan permotoran, Open Road (SP Circuit) Sdn Bhd yang akan menjalankan kerjasama dengan Permodalan Kedah Berhad (PKB) merupakan anak syarikat MBI.

“Kita turut bersyukur kerana syarikat kerjasama PKB dan Open Road ini bersetuju melabur RM85 juta untuk menyiapkan litar dan membangunkan beberapa komponen lain termasuk kawasan komersial, ruang pameran, pusat jualan dan penyelenggaraan,” katanya.

Jelasnya, pembinaan litar lumba bertaraf antarabangsa itu bakal memberi manfaat kepada generasi muda dan membawa peminat sukan permotoran beraksi di litar yang dilengkapi ciri keselamatan.

Difahamkan, reka bentuk litar menggunakan khidmat pakar perunding dari luar negara yang berpengalaman bukan sahaja boleh digunakan oleh rakyat serta penduduk tempatan, malah direka khas bagi membolehkan kejohanan lumba motosikal peringkat antarabangsa dianjurkan di litar tersebut.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here