Syarikat American Airlines beli pesawat Boom Supersonic, New York ke London hanya tiga jam?

1119

Syarikat American Airlines menandatangani perjanjian pembelian 20 unit jet Overture keluaran Boom Supersonic. Kontrak baharu itu termasuk pilihan 40 buah pesawat tambahan.

Pesawat Boom Overture direka dengan kapasiti 65 hingga 80 penumpang yang bakal debut pada 2029 dan dikatakan dua kali ganda lebih laju berbanding pesawat komersial sedia ada.



Pesawat berkenaan dibangunkan untuk penerbangan 600 perjalanan termasuklah New York ke London dalam tempoh yang lebih pendek. 

“Kami percaya Overture boleh membantu meningkatkan daya saing rangkaian dan keutamaan syarikat penerbangan melalui kelebihan memendekkan masa perjalanan,” kata Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Boom, Blake Scholl.

American Airlines merupakan syarikat penerbangan kedua terbesar Amerika yang membeli pesawat itu. Walaupun pesawat inovatif itu terbukti menjadi komoditi panas, jet itu masih mempunyai tujuh tahun sebelum beroperasi.

Boom kini sedang mengusahakan prototaip di lokasi North Carolina. Pelancaran Jet Overture dijadualkan pada 2025 dan dijangka memasuki perkhidmatan komersial pada 2029.

Overture dijangka mencapai kelajuan 2,092kmj iaitu dua kali ganda lebih laju berbanding pesawat Boeing 747 dan memendekkan perjalanan antara Miami ke London dalam tempoh lima jam berbanding sembilan jam.

Selain itu perjalanan New York ke London mampu dilakukan dalam tempoh 3 jam 30 minit dengan pesawat supersonik berkenaan dan harga tiket dianggarkan sekitar AS4,000 hingga AS5,000 (RM17, 866 – RM22,332).

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

 

 
 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here