Sempena sambutan Hari Kebangsaan ke-65, Polis Diraja Malaysia (PDRM) berkongsi rangkaian kenderaan Proton yang pernah dijadikan kereta peronda polis.
Menerusi perkongsian di Facebook tersebut, PDRM berkongsi model Proton dijadikan sebagai kenderaan peronda sejak 1986.
“Sempena sambutan Hari Kebangsaan Ke-65 yang bakal disambut 31 Ogos depan, kami bawakan kepada anda jenama kereta kebanggaan rakyat Malaysia, Proton yang telah digunakan oleh PDRM sejak dari tahun 1986 lagi.
PROTON SAGA MAGMA
PROTON INSPIRA & PREVE
Pada 2015, PDRM menerima 1,200 buah Proton Inspira bagi dijadikan kereta peronda baharu secara berperingkat dan juga model Preve.
Kenderaan itu bagi menggantikan kereta peronda yang berusia lapan tahun ke atas. Malah kereta peronda tersebut turut menerima imej yang lebih segar iaitu dengan grafik baharu dengan tambahan warna hijau.
Proton Preve pula bagi menggantikan Proton Waja 1.6 yang sudah tamat tempoh perkhidmatan.
Proton Inspira diasaskan daripada model Lancer, ia juga lebih moden dan dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan terkini.
PROTON SATRIA GTI
Proton Satria GTI antara salah satu kenderaan yang pernah digunakan oleh PDRM sebagai kenderaan Peronda. Bahkan mungkin ada antara anda yang langsung tidak tahu tentang kehadiran model ini dalam unit ronda pihak berkuasa.
Model hothatch terunggul keluaran Proton tersebut begitu popular dalam kalangan anak muda. Satria GTI menggunakan enjin 1.8 liter 4G93P dengan kuasa 138hp dan tork 164Nm. Model talaan lotus ini memberikan pengendalian yang terbaik. Jangan anda tidak tahu Satria GTI ini juga pernah dijadikan kereta polis UK.
PROTON X70
Selain Kenya yang menjadikan Proton X70 sebagai kenderaan polis, SUV berkenaan menyertai barisan unit kenderaan PDRM pada tahun 2020 bersama Honda Civic.
Grafik yang digunakan lebih segar menerusi jalur biru dan merah atas bonet, jalur biru dan kuning dari pintu belakang, tulisan POLIS atas bonet dan pintu depan, dan lampu biru di atas.
Menggantikan Waja yang sudah lama, model tersebut dilengkapi peralatan sokongan seperti peralatan komunikasi RMPNeT, kamera papan pemuka serta perakam video digital mudah alih.