
Yulina Tan Jade merupakan seorang rider jentera besar dan dalam kalangan media permotoran nama Yulina bukan lagi asing.
Gadis cantik ini sering berkongsi informasi dan pengalaman menunggang motosikal berkuasa tinggi di media sosial.
Dia yang memiliki Ducati Panigale sebenarnya bermula dengan sebuah sportbike Kawasaki Ninja 250 yang digunakan untuk berulang-alik ke universiti.
Namun, di sebalik momen ‘manis’ yang dikongsi di laman sosial itu, tiada siapa yang tahu kesukaran dan kepahitan yang perlu dilalui Yulina bagi mencapai impian sebagai seorang pelumba.
Baru-baru ini, gadis berusia 28 tahun itu berkongsi perlu bekerja keras bagi menampung kos sebagai pelumba.
@rosyulina What does it mean to be human? Apakah erti menjadi seorang manusia? Qué significa ser humana?
Menerusi video di TikTok Yulina menunjukkan perlu bekerja 14 hingga 16 syif sehari bagi mengumpul wang.
“Saya selalu berkongsi, saya hanyalah orang biasa seperti mana korang juga. Saya perlu bekerja 14 hingga 16 syif agar boleh terus mengejar impian untuk berlumba.
“Sebaik syif pertama lapan jam tamat, Yulina tukar baju pula untuk jadi pelayan bagi enam hingga lapan jam seterusnya,” tulisnya.
Bahkan masa makan juga tidak menentu kerana mengejar syif kerja di sebuah kasino berkenaan. Gadis asal Kuala Lumpur itu juga tidak segan berkongsi momen di saat dirinya berasa di titik terendah kerana terlalu letih dengan jadual yang padat.
“Perlumbaan, bagi saya adalah sesuatu yang tidak pernah saya jangkakan. Saya seorang gadis grid dan gadis payung sebelum ini.
“Saya tidak pernah menjangkakan untuk beralih arah menjadi pelumba,” katanya kepada World of Buzz.
@rosyulina Show me yours! Kongsikan koleksi parut korang dgn Yulina⚡️ #scars #battlescars #riding #womenwhoride #womenwhorace #fyp #foryou #foryoupage #xyzcba
Selepas pengalaman mengubah hidup itu, Yulina mula mengorak langkah untuk mengejar impian sebagai pelumba.
Yulina juga tidak terlepas daripada mengalami kecederaan ketika menunggang. Menerusi klip video pendek di TikTok, dia berkongsi koleksi parut pada anggota badannya seperti patah tulang humerus dan bahu, kecederaan di siku kanan dan kiri, pinggul dan kedua-dua lutut.
Apabila ditanya apakah matlamatnya dalam perlumbaan, Yulina tidak teragak-agak.
“Matlamat saya sentiasa sama, untuk bersaing dalam kejohanan kebangsaan.”