Rhys jual Wira selepas tujuh tahun, masih setia cari model baharu Proton

1521

“Zaman melahirkan Wira.. Wira mencorakkan zaman. Berakhir satu zaman saya bersama ‘Wira Lejen’ ni,” kongsi Rhys William di akaun Instagram miliknya.

Rhys yang merupakan pempengaruh kelahiran United Kingdom itu berbangga berkongsi sedan nasional yang menjadi penemannya sepanjang tujuh tahun di Malaysia. 

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Rhys William (@si_rhys)



Dia berkongsi begitu banyak kenangan dengan Proton Wira tersebut yang diperakui begitu lasak namun sayangnya perlu melepaskan kenderaan berkenaan.

Rhys yang mula berpindah ke Malaysia pada 2013 itu mengambil keputusan untuk menjual Wira berkenaan pada Julai lalu atas sebab yang tidak dapat dielakkan. 

“Wira merupakan kereta pertama saya, keluaran tahun 2000 yang saya beli pada 2015 pada harga kira-kira RM10,000. Masa itu saya masih baru di Malaysia memang tengah nak jatuh cinta dengan barangan lokal.

“Selepas buat kajian, saya rasa Wira sangat sesuai. Rekaan cantik, tahan lasak tetapi pada tahap ini banyak yang perlu dibaiki. Kos baikipun agak tinggi jadi saya buat keputusan untuk jual,” jelasnya kepada MStar.

Rhys yang terkenal dengan video reviu makanan dalam Bahasa Malaysia itu berkongsi sedang mencari kereta baharu namun masih belum membuat keputusan. Namun, dia setia dengan model keluaran Malaysia kerana harganya yang berpatutan dan sesuai dengan seleranya.

“Sekarang masih dalam proses mahu ambil kereta baharu, saya tetap akan ambil kereta keluaran Malaysia juga. Kebetulan sekarang saya sedang ada projek dengan Proton.

“Saya berpeluang pandu uji setiap model Proton selama sebulan. Sekarang belum habis pandu uji semuanya, selepas selesai baru saya buat keputusan,” kongsinya.

Sepanjang tujuh tahun bersama Proton Wira berkenaan Rhys berkongsi banyak kenangan pahit manis yang dilalui. Paling sukar dilupakan apabila sedan itu meragam ketika menuju ke Gunung Tahan bersama rakan-rakannya untuk aktiviti mendaki beberapa tahun lalu.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Rhys William (@si_rhys)

“Masa itu kami memandu melalui jalan di Merapoh, tiba-tiba tengah malam ada masalah bateri. Kereta masih boleh bergerak tetapi lampu depan jadi malap.

“Masa itu memang agak menakutkan, berhenti tepi jalan tanpa lampupun bahaya jadi kami teruskan perjalanan. Apabila sampai tol, kami periksa semuanya OK, selepas itu tiada apa yang perlu dibaikipun,” jelasnya itu bukanlah pengalaman pahit namun menyeramkan.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar
 

 

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here