#Spyshot: Proton S50 (SS11) dikesan di parkir awam

3673

Kelibat sedan Proton S50 (SS11) dikesan di sebuah jalanraya sedang membayar caj parkir awam. Bagaimanapun, lokasi tepat model prototaip itu dilihat tidak diketahui.

Imej yang dikongsi pengguna Facebook The Ajerul itu menunjukkan kamouflaj menutupi penuh badan dan bahagian rim Proton S50 itu.  Menurut The Ajerul model itu dilengkapi dengan bumbung suria.



Sebelum ini, kami ada melaporkan bahawa Proton bakal melancarkan sedan baharu pada tahun depan berdasarkan model Geely Emgrand generasi keempat. Sedan itu dilancarkan di China pada Mei tahun lalu. 

Buat masa ini, model S50 (SS11) masih lagi menjalani ujian enduran dan dipercayai sedan berkenaan bakal dilancarkan pada suku kedua tahun depan selepas model SUV 7-kerusi rasmi diperkenalkan ke pasaran tempatan.

Geely Emgrand SS11

Emgrand SS11 dibina menggunakan platform BMA yang juga digunakan oleh Bin Yue (X50). Dari segi dimensi, ia mempunyai ukuran 4,638 mm panjang, 1,820 mm lebar, 1,460 mm tinggi manakala jarak antara gandarnya pula 2,650 mm.

Model itu menggunakan enjin 1.5-liter turbo 4-silinder yang menghasilkan kuasa 114hp dan tork 147Nm bersama transmisi CVT.

Ini seiring dengan perancangan masa depan Proton yang mendedahkan tiga model baharu bakal menggunakan janakuasa 1.5 liter turbo yang akan diperkenalkan dalam tempoh 2023 hingga 2024.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here