Nasib kurang baik, pelanggan terbeli Toyota Yaris bekas banjir…

4871

Akaun TikTok @taukeycuci berkongsi pengalaman seorang pelanggannya membeli sebuah kereta bekas banjir.

Lebih menyedihkan pemilik Toyota Yaris itu hanya menyedari perkara berkenaan selepas menghantarnya ke pusat cuci tersebut susulan bau yang kurang menyenangkan.



“Customer kita ini dia terbeli kereta banjir, kereta baru lagi Toyota Yaris. Customer komplain ada bau so lepas kita dah buka semua seat kita dah tengok.

“Seat dia memang nampak cantik, bersih tetapi tengok ini nampak semua railing dah berkarat, ini adalah contoh kereta pernah tenggelam banjir,” katanya pada video pendek tersebut. 

@taukeycuci

Lepas dah bukak kereta baru sedar kereta banjir!

♬ original sound – Taukeycuci – Taukeycuci

Video 56 saat itu menunjukkan beberapa bahagian besi di bawah kerusi berkenaan sudah berkarat akibat pernah ditenggelami banjir.

Jelasnya lagi di ruangan komen, pengguna tidak perlu membuka kerusi tersebut untuk melakukan pemeriksaan. 

“Ambil torchlight tengok besi seat dari bawah. Kami bukak sebab nak cuci karpet dan seat,” tulisnya.

Toyota Yaris dilancarkan pada 2019, bagaimanapun tidak diketahui tahun keluaran hatchback yang dibeli oleh pemilik tersebut.

Orang ramai meluahkan rasa simpati terhadap pemilik kereta itu dan ada juga yang berkongsi pengalaman sama yang menjadi mangsa kereta banjir.

“Kamipun pernah terbeli kereta banjir. Masa beli tak perasan, tak check, dah beli pakai nak bersihkan alih alas kaki baru perasan lantai banyak karat macam dalam video.” 

“Aah betul, kawan aku nak jual HRV (2021) RM50k sebab kereta banjir, sampai sekarang tiada buyer.”

“Sama, sayapun terbeli kereta banjir. Sampai berkarat, used car punya hal. Kalau belum sign confirm boleh fight balik.”

“Kesiannya kat pembeli tu, keretapun lawa lagi, harap-hatap tiada masalah apa-apa pada enjin kereta dia.” 

Sementara itu, bagi pelanggan yang ingin membeli kenderaan terpakai bolehlah memeriksa beberapa komponen untuk mengenalpasti kenderaan bekas banjir. 

Salah satu cara mengesan kereta yang pernah ditenggelami air adalah melihat kesan kumpulan kotoran di tempat yang tidak sepatutnya seperti dihujung pangkal tali pinggang keselamatan yang kelihatan corak seperti ‘air liur basi’. Anda boleh baca artikel ini. 

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here