Kaki kereta di Malaysia majoritinya merupakan peminat JDM yang bermula sekitar era 90-an sehinggalah kini. Budaya JDM ini bukan hanya di Malaysia namun seluruh dunia.
JDM merupakan singkatan kepada Japanese Domestic Market, namun tidak semua kenderaan Jepun boleh digelar JDM.
Kenderaan yang diklasifikasikan sebagai JDM apabila pernah digunakan dan dikeluarkan di Jepun. Kenderaan JDM yang mencuri perhatian kaki kereta adalah versi berprestasi sehinggakan nilainya melonjak tinggi.
Baru-baru ini, tular di media sosial apabila pengguna Twitter berkongsi seorang pembeli asal Amerika Syarikat (AS) membayar sebanyak AS1,985,000 (RM8.9 juta) bagi mendapatkan sebuah Nissan GT-R R34 Nismo Z-Tune.
A US buyer paid $1,985,000 for this Z-Tune from Thailand…McLaren P1 money and spare change for an SVJ😳 pic.twitter.com/1kbOG7V5se
— Earl Karanja (@Earlsimxx) August 16, 2022
Sebelumnya, seorang pengguna Facebook Thailand พิเศษพล สุนิธิ berkongsi foto Z-Tune yang sudah dipinang pembeli AS. Dia berkongsi kereta sport itu dijual pada harga bhat 70 juta (RM8.7 juta) dan mengucapkan tahniah kepada pembeli tersebut.
PEMILIK PENGUMPUL SUPERCAR & JDM
View this post on Instagram
View this post on Instagram
HARGA LEBIH MURAH
Z-Tune itu hanya memiliki perbatuan 5,500km dan dipercayai pemilik asal merupakan ‘orang kaya’ di negara jiran yang merupakan pengumpul model JDM bahkan dia dikatakan memiliki sebuah lagi model yang sama dengan nombor casis #18.
TENTANG Z-TUNE
Z-Tune merupakan model paling ‘rare’ R34 yang dihasilkan sebanyak 19 unit. Awalnya Nismo ingin menghasilkan 20 unit namun hanya mendapatkan 19 buah R34 V-Spec II terpakai.
Setiap pemilik Z-Tune ditawarkan dengan beg bimbit gentian karbon dan setiap model Z-Tune dipasang menggunakan tangan.
Z-Tune memiliki blok enjin lebih berkuasa menerusi kapasiti 2.8 liter bahkan Nismo menaiktaraf pengecas turbo yang menghasilkan kuasa 493hp dan tork 540Nm. Pecutan dari 0-100kmj mampu dicapai dalam tempoh 3.8 saat.
Pada 2016, sebuah Z-Tune #9 dijual pada harga AS510,000 (RM2.2 juta). Jadi menurut anda berapakah harga yang dibeli oleh 458 Destroyer?.
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar