Lebih 80 peratus punca kemalangan maut yang melibatkan penunggang motosikal adalah disebabkan kecuaian, gopoh, dan penggunaan telefon bimbit ketika menunggang.
Sebanyak 67 peratus daripada keseluruhan kes kemalangan maut yang direkodkan melibatkan penunggang motosikal.
Maklumat itu dikongsi akaun Facebook Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerusi segmen Info Trafik.
Sementara, penyebab kedua yang menyumbang kepada kematian adalah kerosakan jalan raya ataupun kenderaan itu sendiri.
“Sebagai seorang pengguna kenderaan terutama penunggang motosikal, janganlah kita termasuk di dalam statistik kematian akibat kemalangan di jalan raya.
“JSPT tanpa pernah jemu menjalankan kempen keselamatan jalan raya bagi mengingatkan pengguna supaya berhati-hati dan mematuhi peraturan ditetapkan sepanjang perjalanan,” tulisnya.
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar