Kapal layar pertama oligarki Rusia dilelong, harga bidaan dirahsiakan

1137

Kapal layar milik oligarki Rusia yang dirampas Mac lalu di Gibraltar yang bernilai £63 juta (RM334 juta) dilelong Selasa lalu. 

Itu merupakan penjualan pertama aset oligarki yang dirampas sejak Putin menyerang Ukraine Februari lalu.



Lelongan itu mendapat 63 bidaan bagaimanapun pejabat Admiralty Marshal enggan memperincikan nilai bidaan yang diterima. 

Kapal layar sepanjang 72.5 meter itu dirampas daripada jutawan keluli, Dmitry A. Pumpyansky pada Mac lalu berikutan sekatan yang dilakukan oleh United Kingdom, Kesatuan Eropah dan Amerika Syarikat.

Dmitry A. Pumpyansky

“Pembida yang berjaya akan dipilih oleh Admiralty Marshal tetapi butiran pembida dan nilai tawaran akan dirahsiakan. 

“Butiran mengenai nilai jualan kapal akan disediakan sebaik sahaja transaksi selesai dalam tempoh kira-kira 10 hingga 14 hari,” kata mahkamah menerusi satu kenyataan. 

 

Lelongan Axioma mencetuskan kontroversi kerana jualan itu bukan untuk kepentingan rakyat Ukraine tetapi untuk bank pelaburan JP Morgan yang mendakwa pemilik Pumpyansky tidak membayar pinjaman £17 juta (RM90 juta). 

Beliau merupakan pemilik dan pengerusi pengeluar paip keluli OAO TMK yang membekalkan servis kepada syarikat tenaga milik Rusia, Gazprom. Bilionaire berusia 58 tahun itu memiliki nilai kekayaan £1.84 bilion (RM9.74 bilion). 

Kapal layar The Axioma dilengkapi dengan enam bilik tetamu, kolam renang, bilik pawagam 3D, gimnasium, jakuzi dan spa yang serba lengkap. Kapal itu boleh memuatkan 12 tetamu dan 20 kru pada satu masa.

Kapal layar yang direka oleh Alberto Pinto itu dibina oleh Dunya Yachts di Turki pada 2013. Sebelum dinamakan semula sebagai Axioma, kapal layar mega itu bernama Red Square dan tersedia untuk sewaan AS 558,500 (RM2.5 juta) per minggu. 

Axioma menggunakan enjin Caterpillar dengan kelajuan maksimum 18 knot.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here