Edaran Tan Chong Motor (ETCM) menawarkan Pakej Tomei Aero secara percuma buat pembeli Nissan Almera Turbo (selagi stok masih ada).
Pakej bernilai RM8,000 tersebut ditawarkan pada kesemua varian Almera Turbo VLT, VLP dan VL.
Berikut tawaran item mengikut varian:
VARIAN TURBO VLT
- Spoiler bampar depan dua tona warna
- Spoiler bampar belakang dua tona warna (dua item)
- Skirting sisi dua rona warna
- Pedal sport dengan perehat kaki yang menawarkan lebih cengkaman pada kasut
- Empat keping pelindung hendal pintu
- Plat sil pintu
- Visor pintu
- Filem penebat haba Ice Cool
VARIAN TURBO VL & VLP
Kedua-dua varian didatangkan dengan lima komponen Aerokit dengan dua tona warna bersama tiga item iaitu spoiler hujung but, filem penebat haba Ice Cool dan pedal sport bersama perehat kaki.
Buat pengguna yang menginginkan penampilan lebih agresif, ETCM menawarkan pilihan tambahan GT Wing Tomei pada harga RM1,400 (termasuk caj pemasangan).
Pembeli awal aksesori berkenaan akan menerima diskaun 50 peratus menjadikan harga GT Wing RM700.
Semua item berkenaan dihasilkan mengikut spesifikasi kilang yang sama kualiti dengan aksesori standard. Ia didatangkan dengan waranti jika berlaku defek pembuatan selama 3 tahun atau 100,000km (mana tiba dulu).
Harga jualan Nissan Almera Turbo adalah:
- Almera Turbo VLT: RM95,888
- Almera Turbo VLP: RM89,888
- Almera Turbo VL: RM83,888
Almera Turbo didatangkan dengan enjin HR10DET 1.0 liter turbo serba baharu yang menghasilkan kuasa 98hp dan tork 152Nm bersama kotak gear X-Tronic CVT.
GALERI
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar