Polis Yamanashi Jepun guna Toyota Raize (Ativa) sebagai kereta peronda

1444

Barisan kenderaan polis Jepun tentunya lebih menarik kerana di sana terkumpulnya pelbagai model JDM.

Bahkan, pihak berkuasa di Tochigi menggunakan Nissan GT-R sebagai kenderaan polis sempena meraikan 50 tahun ia beroperasi. 



Baru-baru ini, pihak polis wilayah Yamanashi menambah Toyota Raize dalam armada kenderaan peronda mereka. 

Foto yang dikongsi akaun Twitter @Duce_Acciuga923 itu menunjukkan SUV yang dicat dengan warna seragam polis Jepun iaitu hitam dan putih bersama pembesar suara, lampu LED pada bampar serta lampu strob. 

“Kereta polis buat pertama kali, dirakamkan empat bulan lalu di Yamanashi,” tulisnya.

Toyota Raize merupakan adik beradik dengan Daihatsu Rocky (Perodua Ativa) yang menggunakan enjin 1.0 liter turbo dengan kuasa 98PS dan tork 140Nm bersama transmisi D-CVT.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here