‘Polis langgar, tapi kenapa abang i yang kena saman,” pemandu bingung…

8187

Seorang pengguna Twitter mempersoalkan tindakan polis menyaman abangnya selepas Ford Ranger yang dipandu lelaki tersebut dilanggar van polis di KM16, Jalan Jerantut-Temerloh. 

Kronologi insiden yang berlaku Jun lalu itu dikongsi oleh Twitter @itslyzaa semalam menjadi tular dengan 18,000 ciapan semula.

“Polis langgar belakang kereta abang i. Abang i ada record dashcam kalau nak bukti kukuh. Nak claim insurans polis tak boleh. So abang i claim insurance sendiri.

“Now polis saman pula abang i? Memang undang-undang jalan raya kalau polis langgar orang awam yang kena samanke?,” kongsinya.

Dia turut memuatnaik imej belakang trak pikap milik abangnya dan bahagian depan van polis yang remuk bersama surat saman yang diterima.

Wanita itu mendakwa polis menyaman abangnya atas kesalahan meletakkan kenderaan dalam bahaya/halang.

“Ini abang i record video dari dashcam. Sebab belum transfer ke phone lagi takut hilang. Abang i tak parkingpun tepi jalan atau halang jalan. Abang i nak masuk simpang dan ada bagi signal.

“Abang i perlahankan kereta sebab nak masuk simpang. Garis putus-putus depan je sikit tak sampai 80 meter. Tak sempat sampai ke garis putus-putus, kena langgar,” jelasnya.

Lebih mengecewakan susulan kejadian itu abangnya membuat tuntutan atas insurans sendiri kerana enggan memperpanjangkan isu sehingga tarikh ke mahkamah.

Jelasnya selepas dua bulan akhirnya kereta 4×4 berkenaan keluar bengkel dan mereka menerima panggilan daripada pihak polis untuk mengambil surat saman.

“Baru nak mulakan perniagaan ikan patin macam biasa. Dapat pula call dari balai Temerloh untuk ambil surat saman tu. Jadi i dari pihak keluarga ingin tahu kenapa saman masih dikeluarkan terhadap abang i walaupun polis yang langgar belakang kereta,” katanya.

Dalam surat saman itu, lelaki berkenaan diminta hadir sendiri atau melalui peguam ke Mahkamah Majistret Temerloh pada bulan Oktober nanti.

Menurut Sinar Harian, Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Mohd Azhar Mohd Yusoff mengesahkan kejadian tersebut dan siasatan lanjut akan dilakukan.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar
 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here