GIVI perkenal helmet M35.0 Scudo ke pasaran Malaysia

2141

Givi Asia Sdn Bhd rasmi melancarkan lapan koleksi topi keledar Jet M35.0 Scudo yang mematuhi piawaian keselamatan terkini ECE R22.06. 

Helmet tersebut  dibangun mengikut piawaian yang ketat serta diinovasi bersesuaian dengan bentuk kepala penunggang di negara Asia. 



ECE R22.06 merupakan kod Standard Piawaian Homoglasi terbaharu yang lebih ketat untuk topi keledar yang diiktiraf di Eropah serta digunapakai di negara lain juga. 

Kajian menunjukkan majoriti bentuk kepala penunggang motosikal di Asia lebih bulat berbanding penunggang motosikal barat yang agak melonjong.

Kehadiran Jet M35.0 Scudo dengan pilihan lapan rekaan grafik memenuhi kehendak pengguna di Malaysia yang ditawarkan dalam saiz S, M dan L serta XL dan XXL untuk mereka yang berkepala besar. 

Topi keledar open face tersebut didatangkan dengan dua jenis visor iaitu visor anti calar dan visor matahari.

Selain itu, helmet berkenaan didatangkan dengan ciri ‘Micrometic Quick Release Buckle’ iaitu ciri bukaan cepat selain adanya sistem pengudaraan di bahagian atas, depan dan belakang. 

Ini lapan koleksi M35.0 SCUDO yang mana dua ditawarkan dengan warna solid tanpa grafik:

  1. Solid Ice White

 2. Solid Grey 

3. Graphic Draco Black Red

4. Graphic Draco Yellow Blue

5. Graphic Kraken Neon Yellow 

6. Graphic Torch Black  Blue

7. Graphic Ventura Grey Yellow

8. Graphic Ventura White Blue 

Helmet GIVI M35.0 SCUDO dijangka akan mula berada di pasaran bermula September di GIVI Point dan pengedar sah GIVI seluruh negara dan harga akan diumumkan kemudian.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar
 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here