Di bandar, isu parkir di kawasan perumahan tiada penghujungnya. Kemudahan parkir yang terhad di samping pemilik yang memiliki lebih daripada dua buah kereta menyebabkan mereka parkir di bahu jalan mahupun double park.
Seorang pengguna Facebook Ashedz berkongsi menjadi mangsa perbuatan khianat gara-gara parkir di bahu jalan bertentangan rumah jiran.
Dalam video yang mendapat tontonan 1.2 juta itu dan 6,000 lebih tanda suka, dia menyatakan menetap di kawasan perumahan tersebut selama dua tahun.
“Tengok gais kereta aku parkir dekat sebelah sini (seberang rumah jiran) separuh kereta putih, separuh kereta aku depan rumah yang ni.
“Tahu dia buat apa kat kereta aku?, hang tengok dia ambil tanah, bayangkan manusia hati busuk bertopengkan syaitan.
“Kalau ya pun aku bukan parkir depan rumah dia, kalau kata tak boleh parkir seberang ni pun aku dah letak nombor telefon aku warna hijau tu bolehje call aku, kenapa nak letak tanah macam ni atas kereta aku,” jelasnya dalam video berdurasi 1 minit 33 saat itu.
JIRAN DARI NERAKA
Di atas pengelap cermin Proton Persona miliknya itu dipenuhi dengan tompokan tanah dan Ashedz juga menerima nota kecil yang diselitkan pada pintu keretanya.
Pada nota tersebut tertulis bahawa kejadian itu bukanlah pertama kali berlaku kerana setiap kenderaan yang parkir di seberang rumah hujung tersebut akan mengalami nasib sama.
Jiran di lorong berkenaan menggelar pemilik rumah tersebut sebagai ‘wanita gila’ dan meminta Ashedz membuat laporan polis.
“Saudara saya datang, jadi parkir di depan rumah saya dah penuh. Sepanjang dua tahun yang saya tahu, dia tak pernah ada kereta, motor atau apa-apa kenderaan.
“Ini kali pertama saya park di kawasan tersebut. Tujuan saya post di FB ni, nak cari ilmu dan nak tahu apa tindakan yang saya boleh buat dengan situasi macam ni. Mungkin ada yang pernah pengalaman macam saya,” kongsinya.
Bagaimanapun, Ashedz menemui pemilik rumah yang berusia sekitar 50-an tersebut pada petang kejadian untuk mendapatkan penjelasan.
“Dari pandangan saya dia memang ada masalah mental, sebab umur dia juga, berkali-kali saya fikir nak buat tindakan apa lepas ni untuk dia.
“Saya cakap satu ayat dia balas bertubi-tubi 30 ayat keluar, kalau awal saya tahu dia macam ni, saya takkan park kat situ. Sayapun malas nk gaduh dengan orang tua,” jelasnya memberitahu berkongsi video itu sebelum menemui wanita berkenaan.
Perkongsian tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada pengguna Facebook antaranya:
“Bang segala benda lepas pintu pagar depan dan belakang bukan milik tuan rumah, itu milik awam.”
“Biasanya kalau tara umur macam tu better ikut jela apa yang dia nak. Kalau kita menentangpun kita naik angin. So ubah kereta park tempat lain bukan kita kalah ke apa, niat tak nak gaduh, tetapi andai dia cari pasal buat report polis.”
“Sepanjang saya bertugas memang tak boleh buat apa, pengadu kena mengalah, kalau buat repot polis atas khianatpun, polis tangkap ada masalah mental, hantar hospital juga. Kalau bagi warningpun, dia akan buat juga benda sama..so abaikan, itu nasihat saya.”
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar