Ibu ‘kejar’ kereta perisai ke Kem Sungai Besi, demi tunaikan ngidam anak

1682

Sebuah video tular di TikTok menunjukkan seorang ibu mengandung menangis terharu apabila dapat menaiki kereta perisai Angkatan Tentera Malaysia (ATM). 

Walaupun kedengaran mustahil, Suhaili Md Yatu akhirnya dapat menunaikan mengidam anak keduanya, Ainnur Syafiera Arsad.

@omma_ellysha76

♬ Gemuruh – Faizal Tahir



Menurut Harian Metro, ibu mengandung yang berusia 24 tahun itu berjaya menunaikan hajatnya ketika sambutan Hari Kebangsaan ke-65, semalam.

Kisah Suhaili, 46, atau mesra disapa Omma mendapat perhatian selepas wanita itu memuatnaik video di TikTok sebagai ikhtiar untuk meminta pertolongan orang ramai sehingga detik Ainnur Syafiera yang hamil lima bulan dapat menaiki kereta perisai ATM.

Berkongsi kisah sebenar, Omma yang menetap di Kampung Bukit Kerayong, Kapar berkata, anaknya meluahkan keinginan untuk menaiki kereta perisai menerusi kiriman WhatsApp pada pagi Isnin lalu.

@omma_ellysha76

pagi2 kak ngah whtsap ibu..nk naik kereta kebal…mana ibu nak cari kak ngah oii .pelik2 mengidam dia..minta kuasa viral tik tok..bantu anak omma realisasikan impiannya…lepas mengidam jadilaa..#kuasaviraltiktok #angkatantenteramalaysia #tenteradaratmalaysia #keretakebal #fypシ

♬ bunyi asal – Fahmie Izwan – Fahmie Izwan

“Saya bekerja syif pagi ketika itu (Isnin) dan terkejut juga apabila dia memberitahu hajatnya.

“Saya soal dia kenapa pelik sangat hajatnya, namun dia memaklumkan keinginan itu datang tiba-tiba selepas bangun tidur.

“Mengenangkan keadaannya yang hamil, saya cuba juga menunaikan dan cuba menggunakan kuasa ‘viral’ dengan muat naik video berkenaan di TikTok,” katanya.

TERUS KE KEM SUNGAI BESI

@omma_ellysha76

part 1 alhamdulillah..walau sesat..dgn jalan bnyak yg tutup .kaki sampai jugak..dapat melalui info abam askar yg baik hati..semiga allah yg dapat membalasnya..#kuasaviraltiktok #angkatantenteramalaysia #tenteradaratmalaysia #fypシ #mengidamnaikkeretakebal #keretakebal @ainnursyafiera

♬ Lagu Sedih – Rusli Ridwan

Ramai yang mencadangkan membawa Ainnur Syafiera ke Muzium Tentera Darat atau mengunjungi Dataran Merdeka pada hari perbarisan sambutan kemerdekaan. 

Namun dia bimbang Ainnur Syafiera mahu menaiki kereta perisai yang bergerak sedangkan suami anaknya tinggal berjauhan di Jengka, Pahang jadi perlu menunggu hingga hujung minggu jika mahu ke muzium tentera.

Nak dijadikan cerita, ada seorang hamba Allah menghantar kiriman mesej di TikTok mengesyorkan saya membawa anak ke Kem Sungai Besi bagi meminta pertimbangan pihak pengurusan tentera (Kem Sungai Besi).

“Justeru, saya cuba mengikut saranannya dengan mengajak dia ke kem (Sungai Besi) bagi mencuba nasib kerana memang tidak sempat jika mahu ke Dataran Merdeka kerana jalan amat sesak.

“Alhamdulillah, kami diberi kebenaran masuk ke dalam kem dan memang rezeki anak saya kerana ketika tiba di kem, anggota baru pulang dari perbarisan. Kebetulan, ada sebuah kereta perisai belum dimatikan enjinnya… jadi dapatlah dia peluang menaikinya,” katanya.

Dia tidak menyangka usahanya berhasil dan berterima kasih kepada semua yang membantu termasuk anggota, pegawai dan pihak pengurusan Kem Sungai Besi, Kuala Lumpur.

Bagaimanapun video pendek yang dikongsi akaun TikTok Omma_Ellysha yang menunjukkan anaknya menangis terharu dapat menunaikan hajatnya ketika duduk dalam kabin AV8 Gempita sudah tiada.

_____________________________________________________________________

AV8 GEMPITA

Kereta perisai yang dinaiki Ainnur Syafiera Arsad merupakan kenderaan pelbagai fungsi amfibia hasil kerjasama Syarikat Teknologi Pertahanan (Deftech) DRB-Hicom bersama FNSS Turki.

Gempita berasaskan model Turki FNSS Pars dengan pilihan pacuan 4×4, 6×6 dan 8×8. Reka bentuk modular membolehkan pemasangan menara, senjata, sensor, dan sistem komunikasi berbeza pada kenderaan sama.

Kereta perisai tersebut mempunyai 12 varian termasuk pengangkut kakitangan berperisai, kenderaan tempur infantri, pemusnah kereta kebal, kenderaan perisikan isyarat dan kenderaan pemulihan.

Model Gempita ATM pula didatangkan dengan konfigurasi 6×6 dan 8×8. Kereta perisai AV8 yang dipasang di Pekan, Pahang itu menggunakan enjin diesel turbo Deutz dengan kuasa 523hp.

Kenderaan pelbagai peranan itu boleh mencapai kelajuan maksimum 100kmj di darat dan 6kmj di air serta menawarkan pemanduan sejauh 700km.

Jentera seberat 30,000kg itu memiliki panjang 8 meter, lebar (2.7 meter) dan tinggi 2.17 meter dengan kapasiti membawa anggota 11 orang dan dikendalikan tiga krew. 

Ia dilengkapi dengan sistem perlindungan NBC untuk pertahanan terhadap ancaman nuklear, biologi dan kimia. Selain itu ciri peralatan lain yang ditawarkan adalah tayar run-flat dan Sistem Brek Anti Kunci (ABS).

Kereta amfibia itu dilindungi dengan perisai aluminium dan keluli, perisai tambahan di depan dan sisi badan sehingga STANAG 4569 Aras 4.

Ia dilengkapi dengan senjata 30mm Denel LCT30 turet atau 25mm Sharpshooter Turret, FN Herstal MAG 58M senapang mesin 7.62 mm sepaksi dan 4 ZT3 lngwe anti peluru kereta kebal untuk menara LCT30.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar
 
 

 

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here