TikToker kongsi terserempak ular tedung ‘berdiri’ tengah Duke, netizen automatik ‘angkat kaki’

2074

Seorang pengguna TikTok @abang_melaka berkongsi situasi mendebarkan apabila terserempak dengan seekor ular tedung ‘berdiri’ di lorong tengah Lebuhraya Duta–Ulu Klang (Duke). 

Lebih mendebarkan rakaman video papan pemuka itu menunjukkan seorang penunggang motosikal berada di lorong kiri berhampiran haiwan berkenaan.

@abang_melaka

Tiba2 ada sekor ular tedung depan ko berdiri atas highway Duke, terkejut + seram sejuk semua ada sampai pusing stereng kereta tanpa otak semalam sebab nak elak dia. Nasib xde kereta/moto sbelah kiri aku. #cobra #ulartedung #DUKE #fyp #masukberandafyp

♬ original sound – Abang_Melaka – Abang_Melaka



“Tiba-tiba ada seekor ular tedung depanko berdiri atas highway Duke, terkejut dan seram sejuk semua ada sampai pusing stereng kereta tanpa otak semalam sebab nak elak dia.

“Nasib tiada kereta motor sebelah kiri aku,” tulisnya.

Bimbang haiwan tersebut tersangkut pada kenderaannya, dia berhenti di bahu jalan untuk memeriksa semula rakaman papan pemuka.

Situasi tersebut akan menjadi lebih buruk sekiranya pemandu yang terkejut membelok secara tiba-tiba dan berisiko menyebabkan kenderaan lain terbabas. 

“Ketika dia lintas kami lalu. Dia terkejut kot terus berdiri, pulas stereng juga nasib tak terbabas dan belakang tiada kereta,” komen seorang pengguna TikTok yang menceritakan pengalaman yang berlaku pada 2015. 

Namun, selepas diteliti rupanya haiwan berkenaan bukanlah ular tedung. Rata-rata netizen menjelaskan haiawan yang berdiri di tengah jalan itu merupakan ular sawa.

“Itu ular sawa bang bukan tedung…tengok betul-betul corak badan dia, jangan pelik ular sawapun boleh berdiri gak,” tulis seorang pengguna TikTok. 

“Itulah, semalam siang ada dah perasan bangkai ular ni, memang sawa tak sangka pula  boleh berdiri macam ni juga,” kata perakam video. 

Perkongsian itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen, kebanyakannya automatik mengangkat kaki mereka ketika melihat rakaman video berdurasi 26 saat itu. 

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here