“Kalau orang tawar RM40k pun tak jual,” pemilik Saga (1989)

9598

Proton Saga diperkenalkan pada 1985 yang menjadi kebanggaan rakyat Malaysia kerana pertama kalinya negara memiliki kenderaan nasional. 

Bahkan jenama Proton pada zaman kegemilangannya dipasarkan di beberapa negara termasuklah United Kingdom. Sehingga kini ada beberapa pemilik Proton Saga masih menjaga rapi model Proton itu.



Misalnya, Proton Saga 1.5 GL ‘Black Knight Edition’ (1989) yang muncul juara pada acara tahunan Festival of the Unexceptional (2021) di Lincolnshire, Britain.

Seorang pengguna TikTok berkongsi Proton Saga daripada dua generasi sebelumnya yang masih dalam keadaan baharu dan dijaga rapi.

@mfasyraf74

Setahun sekali keluar. Jom jalan2 sambut merdeka #merdeka #malaysia #fyp #saga #malaysiancar

♬ original sound – bello – ashiee

Muhammad Faris Asyraf berkongsi Proton Saga Magma generasi kedua berkenaan merupakan kereta datuknya sebelum diserahkan kepada bapanya dan kini dijaga olehnya.

Oleh kerana nilai sentimental dan sejarah di sebalik kenderaan berkenaan pernah ada yang menawarkan RM20,000 untuk membeli Saga tersebut.

“Datuk saya cikgu dulu, zaman itu memang struggle dan dia tak pernah beli kereta baharu hanya guna kereta second hand.

@mfasyraf74

Replying to @Muhammad Aidil Abdul Insured by Mafia tu yang penting ✅ #protonsaga #merdeka #malaysia #fyp

♬ 31 Ogos – Dato’ Sudirman

“Pada tahun 1989, datuk beli Proton Saga. Booking setahun. Dia excited sangat sebab ini kereta baharu pertama dia.

“Kereta inilah yang hantar ayah dan adik beradik ke sekolah dan asrama. Memang kereta ini banyak jasa. Daripada datuk diturunkan kepada ayah, kemudian adik beradik ayah. Semua merasa.

“Selepas semua dah ada kereta, dipulangkan kepada ayah yang merupakan anak sulung daripada enam beradik. Kini saya dah ada lesen dan diturunkan kepada saya,” katanya yang berusia 18 tahun.

@mfasyraf74

Replying to @อามีรูล bunyi tutup bonnet paling premium 😎 #protonsaga #malaysia #merdeka #fyp #review

♬ 夜猫 – 张蔷

Dia yang banyak berkongsi tentang perincian Saga berkenaan di akaun TikTok memberitahu kereta berkenaan dijaga rapi dan diselenggara mengikut jadual walaupun tidak digunakan.

Oleh kerana bapanya mementingkan keaslian, kereta itu akan dihantar ke kedai penjagaan kereta V-Quantum Autoworks lima tahun sekali.

“Setiap tahun pula akan hantar di Plaza pelangi untuk polish dan wax. Kalau nak tahu, inilah warna asal dari dulu hingga sekarang.

“Setiap kali ayah hantar servis mesti ada orang tanya. Ada orang pernah offer RM20,000. Tapi ayah kata walau ada orang offer hingga RM40,000pun dia takkan jual,” kongsinya.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

 

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here