Honda mengeluarkan senarai harga penuh aksesori Civic Type R baharu di Jepun. Senarai komponen berkenaan pertama kali didedahkan pada Julai lalu.
Sebenarnya Honda Jepun menyenaraikan begitu banyak komponen aksesori buat Civic Type R bagaimanapun sayap belakang gentian karbon begitu menarik perhatian, bukanlah kerana material dan bentuknya tetapi harga jualan yang ‘kayangan’.
Jika pelanggan ingin membeli spoiler tersebut harga jualannya adalah ¥275,000 (RM8,621). Dengan berat kurang daripada 1kg berbanding spoiler standard, ia menawarkan lebih banyak downforce buat kereta.
Satu-satunya aksesori luaran lain yang ditawarkan untuk Civic Type R ialah cermin sisi merah terang yang dijual pada harga ¥15,400 (RM483).
Berikut antara aksesori yang ditawarkan:
- Lampu puddle: ¥38,500 (RM1,207)
- Konsol tengah gentian karbon dan poliester merah: ¥47,300 (RM1,483)
- Panel pintu gentian karbon dan poliester merah: ¥56,100 (RM1,759)
- Karpet: ¥66,000 (RM2,069)
- Iluminasi sil: ¥30,800 (RM965)
- Pencahayaan konsol tengah dan pemegang cawan: ¥22,000 (RM690)
- Pencahayaan pemegang pintu dalam dan poket pintu: ¥14,300 (RM448)
- Pencahayaan bawah kaki: ¥17,600 (RM552)
- Tombol gear kemasan kulit berwarna merah: ¥20,350 (RM638)
- Karpet semua musim: ¥13,200 (RM414)
- Bekas bawah ruangan bagasi: ¥14,300 (RM448)
- Pengecas tanpa wayar: ¥22,000 (RM690)
- Lampu belakang: ¥11,000 (RM345)
Kesemua aksesori ini ditawarkan menerusi cawangan Honda Access di seluruh Jepun, dan tidak dapat dipastikan sama ada bakal ditawarkan secara rasmi untuk pasaran global.
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar