Hongqi perkenal model pertama MPV mewah HQ9, harga RM200k

2707

Hongqi pertama kalinya memperkenalkan MPV saiz besar buat pasaran China menerusi model yang dinamakan HQ9.

Sebelum ini, pengeluar kenderaan jenama China itu memiliki rangkaian model sedan, SUV dan kenderaan elektrik (EV). 



Tidak seperti model MPV baharu yang lain, Hongqi memilih enjin pembakaran dalaman berbanding EV. Pasaran MPV begitu popular di China, justeru itu kehadiran HQ9 menyasarkan kepada pengguna kenderaan mewah.

Fascia depan diserlahkan dengan gril signatur jenama berkenaan yang kelihatan seperti ‘air terjun’. Gril bersaiz besar kemasan krom itu mendominasi muka depan MPV berkenaan.

Sementara logo Hongqi di bahagian tengah hud ditarik sehingga ke bawah bercantum di jalur gril krom tersebut. 

Ada beberapa perincian luaran yang agak menarik, misalnya tiang-D yang tebal dengan lencana HQ9. Kemasan merah pada pemegang pintu krom di bahagian luar memberikan penampilan kontra.

Dalam kabin didatangkan dengan kerusi kemasan kulit berwarna putih. Selain itu, Hongqi menggunakan kemasan kayu di beberapa bahagian misalnya konsol tengah dan papan pemuka.

Konsol tengah didominasi dengan pad pengecas tanpa wayar bersaiz besar yang kemudian dipadankan dengan sistem audio Dynaudio 16 pembesar suara.

Hongqi HQ9 itu ditawarkan dengan konfigurasi 7-kerusi yang mana barisan tengah tersedia dua buah kerusi kapten. Dimensinya juga agak besar dengan panjang 5,222mm, 2,005mm (lebar) dan 1,892mm (tinggi) serta jarak roda (3,200mm).
 
Bagaimanapun paparan grafik pada skrin sedikit ketinggalan bagi sebuah kenderaan premium di China.
 
MPV mewah itu dikuasakan enjin 2.0 liter turbo dengan kuasa 252hp dan tork 380Nm bersama transmisi 9-kelajuan automatik.
 
Difahamkan Hongqi sedang menyiapkan versi plug in hibrid bagaimanapun belum mendedahkan spesifikasi terperinci. Hongqi HQ9 akan dilancarkan bulan ini yang mana harga pra jualan adalah ¥400,000 (RM258, 159). 
GALERI

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here