“Saya guna wang sendiri beli Honda Wave ini,” YB Bukit Mertajam sebak rider buntu cari rezeki lepas EX5 dicuri

1576

Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Steven Sim Chee Keong tidak dapat menahan air mata apabila seorang lelaki kurang upaya (OKU) kehilangan sebuah motosikal Honda EX5 yang digunakan untuk mencari rezeki.

Kisah lelaki itu tular selepas dia meluahkan perasaan dan buntu memikirkan cara meneruskan kelangsungan hidup kerana motosikal itulah satu-satunya kenderaan yang dia miliki sejak 10 tahun lalu.



Lebih menyentuh hati, dia yang dikenali sebagai Muadz tidak mampu membeli motosikal baharu dengan pendapatan sebagai penunggang p-hailing hanya kira-kira RM1,300 sebulan bagi menyara anak dan isteri.

Perkongsian di Facebook, Steven Sim berkata Muadz kehilangan motosikal pada 5 September.

“Selepas sarapan saya bergegas pi jumpa dengan Muadz. Asalnya dia ingat scam sebab tak percaya tapi sebab dah jem tak tau nak buat apa lagi, dia mai juga. Kami jumpa terus kat kedai moto rumahnya.
 
 
“Sampai kat kedai moto, Muadz menceritakan kisah hidupnya. Tahun lepas dia kena accident, kaki kanannya kini bengkok teruk dan dia terpaksa bergerak dengan tongkat.
 
“Tapi demi mencari makan untuk anak isteri, Muadz tetap teruskan kerja sebagai rider Lalamove. Itupun gaji tak tinggi, kais pagi makan pagi, lebih kurang RM1300 sebulan.
 
“Hutang kat rumah pula semakin bertambah. Bil api tertunggak hampir RM1000, bulan ini TNB kata nak potong bekalan,” tulisnya.
 

Susulan itu, Steven membeli sebuah Honda Wave 125i buat Muadz bagi memudahkannya mencari rezeki bagi menyara keluarga. 

“Harga lebih kurang RM7,500 on the road, saya bayar semua. Ini di luar kawasan Bukit Mertajam, saya tak boleh guna peruntukkan, jadi saya guna wang sendiri.  Saya harap Muadz akan jaga moto ini baik-baik,” jelasnya.
 

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here